Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Jawab tuduhan tidak berasas, TV AlHijrah beri kenyataan rasmi


STESEN TV AlHijrah memandang berat terhadap kenyataan melulu dan tidak tepat yang dilemparkan terhadap stesen Islam nombor satu negara itu melalui satu siaran podcast baru-baru ini.

Sejak dilancarkan pada 7 Disember 2010, TV AlHijrah terus ke hadapan dalam mempromosi Islam sebagai gaya hidup dan mendidik masyarakat melalui kandungan pelbagai genre yang mendidik jiwa berpandukan Al-Quran, Hadis dan Sunnah serta mengikut prinsip Ahlul Sunnah Wal Jamaah.

"Sebagai sebuah agensi media kerajaan, TV AlHijrah sentiasa mendokong hasrat pucuk pimpinan negara dalam melahirkan masyarakat yang lebih berilmu, progresif, positif dan seimbang dari segi pemikiran dalam menjalani kehidupan seharian.

"Ini dilaksanakan melalui terbitan kandungan-kandungan bual bicara, dokumentari, berita, rancangan kanak-kanak dan juga hiburan mengikut garis panduan serta akta-akta yang telah ditetapkan oleh pihak berwajib seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), Lembaga Penapisan Filem (LPF).

"Menerusi slogan Satukan Ummah Dengan Ilmu, hampir keseluruhan kandungan program TV AlHijrah adalah bersifat ilmu dan pengisian rohani selain berkongsi dasar dan inisiatif berkaitan kerajaan dalam membangun negara MADANI yang lebih mampan dan inklusif berdasarkan pelan Al Falah," ujar kenyataan tersebut.


Sehingga kini pencapaian TV AlHijrah sebagai saluran agama sangat membanggakan di mana stesen tersebut berupaya menempatkan diri dalam kalangan lima saluran terbaik Malaysia yang banyak didominasi oleh saluran-saluran hiburan drama dan konsert.

Malah berjuta rakyat Malaysia telah mendapat manfaat daripada kandungan yang disiarkan oleh TV AlHijrah sejak 14 tahun lalu, selain banyak maklum balas positif diterima daripada penonton-penonton termasuk dari negara-negara jiran.

Kandungan rancangan yang diterbitkan dan disiarkan oleh TV AlHijrah melalui pelbagai platform siaran termasuk platform media digital yang sentiasa menemani dan membajai nilai-nilai islami serta kerohanian rakyat Malaysia merangkumi Program Agama, Hal Ehwal Semasa, Perkongsian dan Motivasi serta Dakwah Kontemporari.

Justeru peranan yang dimainkan oleh TV AlHijrah adalah amat besar dalam membentuk pemikiran dan mewujudkan masyarakat dan generasi yang lebih berilmu melalui penerbitan kandungan yang kreatif dan sentiasa relevan. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments