Hot Posts

6/recent/ticker-posts

IU buat kejutan, kirim hadiah kepada penduduk apartment sebelah lokasi konsert tanda minta maaf


PENYANYI dan pelakon popular Korea selatan, IU menarik perhatian ramai apabila menghantar hadiah kepada 4,000 rumah di Mapo-gu, Seongsan-dong, berhampiran Stadium Piala Dunia Seoul di Korea Selatan.

Tindakan itu dilakukan selebriti terbabit sebagai tanda minta maaf kepada penduduk sekitar yang bakal berdepan dengan pelbagai kesulitan seperti pencemaran bunyi dan kesesakan lalu lintas di kawasan tersebut selama dua hari pada 21 dan 22 September lalu berikutan penganjuran konsertnya, IU 2024 HEREH Encore: The Winning.

Memetik laporan portal berita tempatan, hadiah pemberian IU atau nama sebenarnya Lee Ji-eun itu berupa barang keperluan rumah dan beg pelupusan sampah.

Tidak hanya itu, selebriti berusia 31 itu juga mengirimkan mesej agar penduduk di kawasan tersebut bersabar dengan bunyi bising dan kesesakan lalu lintas yang akan berlaku.

“Konsert IU akan diadakan selama dua hari di Stadium Piala Dunia Seoul dari 21 dan 22 September. Kami memohon jasa anda untuk memahami dengan baik,” ujarnya.

Difahamkan pelantun lagu Love Wins All itu menjadi penyanyi pertama yang mengambil tindakan sedemikian sehingga membuatkan penduduk di kawasan tersebut berasa terharu dan tidak menyangka dengan apa yang dilakukan itu.

Konsert IU 2024 HEREH Encore: The Winning kini melabuhkan tirai selepas penyanyi itu sukses membuat jelajah di 18 bandar besar seluruh dunia dalam tempoh lima bulan. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments