Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Ikat jamin ditolak, P. Diddy kekal dipenjara


MAHKAMAH Persekutuan New York menolak permohonan ikat jamin terhadap penyanyi Hip Hop P. Diddy yang ditahan atas tuduhan pemerdagangan seks dan pemerasan.

Berikutan itu, Diddy atau Sean John Combs dibawa ke penjara sementara menanti perbicaraan kes tersebut berlangsung.

Peguam yang mewakili penyannyi itu, Marc Agnifilo ketika ditemui pemberita berkata, pihaknya sebelum itu mencadangkan wang ikat jamin sebanyak AS$50 juta atau RM213 juta.

Dalam pertuduhan oleh pendakwaraya, rapper dan penerbit berusia 55 tahun itu didakwa menggunakan populariti dan pengaruhnya untuk memperdaya wanita terlibat dalam aktiviti seks. Dia juga dikaitkan aktiviti membawa wanita dan pekerja seks lelaki mengambil bahagian dalam persembahan seksual yang dirakam dikenali sebagai 'Freak Offs'.

Bagaimanapun Diddy yang ditahan pihak polis di sebuah hotel di Manhanttan, New York pada Isnin lalu itu mengaku tidak bersalah beberapa jam selepas dakwaan setebal 14 muka surat itu dibacakan.

Pengasas syarikat rekod Bad Boy itu bakal berdepan hukuman penjara sehingga seumur hidup, atau sekurang-kurangnya 15 tahun, jika disabitkan dengan tiga pertuduhan jenayah iaitu konspirasi, pemerdagangan seks dan pengangkutan untuk terlibat dalam pelacuran.

Dalam pada itu, pihak berkuasa telah menyerbu kediaman mewah Diddy dan berjaya menemui lebih 1,000 botol 'baby oil' dan minyak pelincir dipercayai bagi kegunaan ketika mengadakan parti seks.

Beberapa peralatan lain turut dirampas termasuk komputer riba yang dipercayai mempunyai rakaman video seksnya bersama mangsa. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments