Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Harumkan nama negara, Siti Saleha menang Bintang Asia Terbaik di Anugerah Drama Antarabangsa Seoul

| FOTO: Instagram Siti Saleha

PELAKON Siti Saleha mencipta sejarah manis apabila dinobatkan sebagai pemenang Bintang Asia Terbaik di Anugerah Drama Antarabangsa Seoul 2024 yang berlangsung di Seoul, Korea Selatan, pada Rabu.

Kemenangan tersebut diraih menerusi Tonton Original Series,  SeOfis yang disiarkan menerusi platform Tonton pada Januari lalu.

Berita tersbut dikongsi pemilik nama penuh, Siti Saleha Mohd Baharum, menerusi satu hantaran yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya sebentar tadi.

"Anugerah ini adalah milik kita Malaysia," katanya ringkas.

Menerusi kategori tersebut, Aktres 34 tahun itu mengetepikan barisan calon hebat dari negara Asia seperti Singapura, Indonesia, Thailand, Filipina dan negara tuan rumah, Korea Selatan.

Pada hantaran sama, Siti Saleha turut berkongsi foto dan petikan video yang merakamkan momen-momen manis pada acara tersebut.

Berita kejayaan bintang asal Kuala Lumpur itu mengharumkan nama negara pada acara berprestij itu pantas menarik perhatian ramai.

Pada ruangan komen hantaran yang dibuat, rata-rata pengikut mengambil kesempatan mengucapkan tahniah, selain rakan-rakan artis yang turut sama meraikan kejayaan tersebut. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments