PENYANYI antarabangsa Charlie Puth menamatkan zaman bujang dan kini bergeklar suami apabila mengahwini kekasih hatinya, Brooke Ashley Sansone pada 7 September lalu.
Difahamkan pasangan itu telah menjalinkan hubungan cinta selama dua tahun sebelum memeutuskan untuk berumah tangga.
Menerusi satu hantaran dimuat naik di laman Instagramnya ada Rabu, Charlie, 32, mengakui menyayangi Brooke dengan sepenuh hati dan berterima kasih pada wanita itu yang telah menjadikan dirinya sebagai lelaki paling bahagia.
"Saya sayang awak Brooke, saya akan sentiasa berada di sisi awak. Saya berjanji akan menyayangi awak sepanjang hidup saya.
"Brooke Ashley Sansone, sekarang kamu adalah Brooke Ashley Puth. Terima kasih kerana menjadikan saya lelaki paling bahagia di dunia," ujarnya.
Ungkap Charlie lagi, perkahwinan bersama Brooke, 24, merupakan detik paling bermakna dalam hidupnya, malah tidak menyangka dia kini berada di sebelah wanita itu sebagai pasangan pengantin.
"Hari ini saya berdiri di hadapan awak Brooke, hari yang paling bermakna selama 32 tahun saya hidup.
"Ada beberapa perkara yang tidak dapat saya jangkakan tetapi entah bagaimana saya seolah-olah tahu akan berdiri dengan awak di sini (kahwin)," katanya yang merasa bertuah dapat memperisterikan Brooke.
Pasangan itu mula menjalinkan hubungan cinta pada Jun 2022, sebelum Charlie melamar Brooke pada 5 September tahun lalu. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments