| FOTO: Agoda |
SEBELUM tibanya Monsun Timur Laut tidak lama lagi, platform pelancongan digital Agoda berkongsi destinasi pantai paling popular dalam kalangan warga Malaysia untuk dikunjungi sebelum musim tengkujuh.
Tinjauan Agoda mendapati bahawa beberapa destinasi pantai di Pantai Timur, Semenanjung Malaysia memperoleh jumlah carian tertinggi untuk percutian sekitar bulan September atau Oktober.
Berdasarkan data carian penginapan oleh Agoda, lokasi di Kuantan, Kuala Terengganu, Desaru, Pulau Perhentian serta Pulau Tioman muncul sebagai destinasi pantai pilihan paling popular oleh warga Malaysia untuk beberapa bulan akan datang.
Agoda mencatatkan peningkatan 30 peritus (%) dalam jumlah carian penginapan domestik berbanding tahun lepas.
Pengarah Agoda Malaysia dan Brunei, Fabian Teja berkata, destinasi pantai di Malaysia sememangnya tiada bandingan dari segi keindahan serta pelbagai aktiviti liburan yang menggabungkan masa untuk bersantai serta pengembaraan dengan sempurna.
"Cuti umum untuk bulan September dan Oktober memberikan peluang kepada orang ramai untuk menerokai kawasan pantai terkenal di Malaysia sebelum mulanya perubahan cuaca.
"Di Agoda, kami berdedikasi untuk menawarkan penginapan terbaik kepada para pelancong dan memudahkan mereka menikmati percutian pantai dengan harga yang lebih murah," ujarnya.
Berikut adalah destinasi pantai paling popular dalam kalangan pelancong yang merancang percutian pantai sebelum tibanya musim tengkujuh.
| FOTO: Agoda |
1. Kuantan
Kuantan merupakan sebuah destinasi percutian yang merangkumi beberapa buah pantai yang unik dan menarik sepanjang Pantai Timur.
Teluk Cempedak adalah pantai kegemaran ramai dengan pasirnya yang halus, batu-batu pantai dengan bentuk yang unik dan suasana yang meriah.
Pantai Batu Hitam pula mendapat namanya daripada longgokan batu-batu hitam yang terdapat di tepi pantai tersebut. Keindahan pantai ini menjadikannya sebuah destinasi percutian yang damai dengan sentuhan mistik semula jadi.
Pantai Cherating yang terletak berhampiran bandar raya Kuantan pula menjadi tumpuan penggemar sukan luncur air kerana ombaknya yang besar serta terkenal sebagai tempat perlindungan penyu bersarang.
| FOTO: Agoda |
2. Kuala Terengganu
Kuala Terengganu mempunyai beberapa buah pantai yang terindah di Malaysia.
Pantai Batu Buruk terkenal dengan hamparan pasir keemasannya dan pokok-pokok casuarina yang bergoyang lembut apabila ditiup bayu laut. Pantai ini sesuai untuk aktiviti santai dan juga sukan air yang meriah.
Pantai Teluk Ketapang pula menarik kunjungan ramai dengan lautnya yang tenang dan pemandangan matahari terbenam yang indah, lantas menjadikannya sebuah destinasi percutian pantai yang menceriakan.
| FOTO: Agoda |
3. Desaru
Pantai Desaru sering menjadi pilihan mereka yang berkeluarga. Hamparan pasir keemasan di persisiran pantai dan laut yang tenang sesuai dijadikan sebagaisatu destinasi berkelah yang menyeronokkan dan selamat terutama bagi kanak-kanak kecil.
Taman tema air dan rizab alam semula jadi yang berhampiran juga menjadi tarikan bagi pengunjung dari semua peringkat umur.
Dengan adanya pusat peranginan dan hotel yang mesra keluarga yang mudah dikunjungi di sini, Desaru menempa nama sebagai destinasi percutian pantai yang sukar dilupakan, sama ada untuk aktiviti bersantai atau pengembaraan.
| FOTO: Agoda |
4. Pulau Perhentian
Pulau Perhentian yang terdiri daripada Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil adalah destinasi percutian tropika yang terkenal dengan airnya yang jernih, terumbu karang indah, dan hidupan marin berbilang jenis yang sempurna untuk aktiviti snorkeling dan menyelam.
Pulau Perhentian Besar menjadi pilihan keluarga serta pelancong yang inginkan ketenangan, manakala Pulau Perhentian Kecil menjadi tumpuan pelancong backpacker dengan suasananya yang lebih meriah.
Keindahan alam semula jadi yang tidak tercemar menjadikan pulau ini sebuah destinasi yang hebat untuk aktiviti pengembaraan dan juga bersantai.
| FOTO: Agoda |
5. Pulau Tioman
Pulau Tioman adalah salah satu destinasi menyelam terkemuka di Malaysia yang dikenali dengan kepelbagaian biologi marin yang kaya dan air yang jernih.
Antara tarikan utama di pulau ini ialah taman batu karang yang indah di Pulau Renggis dan pemandangan dasar laut yang hebat di Taman Laut Pulau Soyak.
Tahun ini, Pulau Tioman menambahkan lagi daya tarikannya dengan muncul sebagai pulau pertama dilabuhkan dua buah gerabak sistem transit aliran ringan (LRT) di Monkey Bay bagi mewujudkan terumbu tiruan yang unik dan tempat pembiakan ikan serta hidupan marin yang lain.
Selain daripada aktiviti menyelam, pengunjung juga boleh menerokai hutan hujan yang menghijau, air terjun yang melata, dan mengenali budaya tempatan di kampung tradisional seperti Kampung Air Batang.
Sebelum pusat peranginan pantai ditutup untuk musim tengkujuh, marilah ambil kesempatan ini untuk bercuti bersama rakan-rakan dan keluarga anda bagi mencipta satu pengalaman yang sukar untuk dilupakan.
Dengan tersedianya lebih 4.5 juta buah tempat penginapan di seluruh dunia, Agoda memudahkan anda untuk menempah percutian tropika idaman dengan lancar.
Untuk maklumat lanjut dan memulakan tempahan, sila layari www.agoda.com atau muat turun aplikasi Agoda.
(Data rujukan berdasarkan jumlah carian penginapan yang dibuat di Agoda antara 1 dan 20 Ogos 2024 untuk daftar masuk sepanjang September dan Oktober 2024.) - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments