Hot Posts

6/recent/ticker-posts

"Demi maruah sebagai wanita dan kesejahteraan Fatima dalam hidup Faz," - Fazura nekad cerai

| FOTO: Instagram Nur Fazura

PELAKON Nur Fazura menegaskan untuk terus kekal dengan keputusannya sebelum ini untuk bercerai dengan suaminya, Fattah Amin.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman Instagramnya pada Rabu, pemilik nama sebenar Nur Fazura Sharifuddin, 41, berkata, keputusan tersebut dilakukan dengan penuh pertimbangan.

"Keputusan yang telah Faz (Fazura) buat pada 13 September lepas bukanlah sesuatu yang diambil dengan ringan tanpa sebarang pertimbangan dan refleksi yang mendalam tentang masa hadapan Fatima dan Faz.

"Pada hari ini, Faz kekal nekad untuk meneruskan keputusan sebelum ini demi maruah sebagai wanita dan kesejahteraan Fatima dalam hidup Faz," ujarnya.

Pada hantaran sama, Fazura berkongsi foto hitam putih yang memaparkan dirinya memeluk puteri kesayangan, Fatima.

Bintang filem Manisnya Cinta Di Cappadoccia itu juga memohon orang ramai agar mendoakan proses perceraian tersebut berjalan dengan lancar.

"Faz ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah memberikan sokongan, doa yang baik, kata-kata semangat serta bunga dan tanda hati kepada Faz sejak lebih seminggu yang lalu.

"Mohon doakan Faz dapat menyempurnakan proses ini dengan baik dan lancar. Terima kasih sekali lagi atas semua kata-kata semangat, sokongan dan semua doa untuk Fatima dan Faz sekeluarga," katanya.

FOTO: Instagram Nur Fazura

Terdahulu, Fazura pada 13 September lalu, memfailkan permohonan cerai terhadap Fattah, 33, di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Bagaimanapun, dalam sebutan kes tersebut di mahkamah sama hari ini, aktor tersebut tidak bersetuju untuk melepaskan isterinya selain mengakui masih menyayangi wanita itu. Mahkamah menangguhkan kes perceraian pasangan selebriti terbabit pada 7 Oktober ini.

Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya, 4. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments