PELAKON Julian Ortega meninggal dunia ketika bercuti di Pantai Zahora di Barbate, Sepanyol pada 25 Ogos lalu.
Ortega yang juga bintang siri Elite di Netflix itu menghembuskan nafas terakhir pada usia 41 tahun, dipercayai selepas mengalami serangan jantung.
Ketika kejadian pasukan paramedik dikejarkan ke lokasi, tetapi beberapa percubaan menyelamatkannya tidak berhasil.
Berita kematian anak kepada bintang lagenda Sepanyol, Gloria Munoz itu diumumkan The Spanish Union of Actors and Actresses.
Ketika hayatnya, Ortega pernah membintangi beberapa filem berbahasa Sepanyol termasuk El Otro Barrio pada 2000, La Raiz Del Mal (2008), En Tu Puta Cara (2016) dan Elite (2018). Penampilan terbarunya menerusi drama bersiri El Pueblo dan 4 Estrellas. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments