BINTANG global berpengaruh, Selena Gomez meraih kejayaan peribadi yang cukup membanggakan apabila kini bergelar bilionair.
Menurut laporan Bloomberg, nilai kekayaan bersih penyanyi, pelakon dan usahawan berusia 32 tahun itu ialah sekitar AS$1.3 bilion (RM5.6 bilion).
Kejayaan yang baru sahaja diraih Gomez dalam pencapaian kewangan tersebut, menjadikan dirinya sebagai antara bilionair termuda yang berjaya atas usaha sendiri di Amerika Syarikat.
Selain hasil pendapatan yang datang daripada kerjaya sebagai penyanyi, pelakon dan penglibatan dalam kempen pelbagai jenama, hasil kekayaan terbesar selebriti itu disumbangkan melalui Rare Beauty iaitu produk kosmetik yang diusahakannya sejak lima tahun lalu.
Produk yang diasaskan itu popular dalam kalangan pempengaruh dan remaja menerusi penjualan pemerah pipi cair dan gincu yang tular di media sosial.
Malah difahamkan Rare Beauty mencatat jualan bersih $400 juta (RM1.7 bilion) dalam tempoh 12 bulan hingga Februari.
Pengaruh besar
Hasil kerjasamanya bersama sederetan jenama mewah antarabangsa seperti Louis Vuitton, Coach dan Puma juga menyaksikan bintang itu memperoleh pendapatan jutaan dollar.
Gelaran sebagai billionaire itu menyaksikan bintang filem
Only Murders in the Building itu tersenarai bersama selebriti terkenal Taylor Swift dan Rihanna yang terlebih dahulu meraih kejayaan tersebut.
Gomez yang memiliki pengaruh cukup besar dalam kalangan remaja dunia itu mempunyai seramai 424 pengikut di Instagram.
- 7KLIKARTIKEL LAIN:
0 Comments