Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Bikin konsert eksklusif, Maliq & D’Essentials tidak lupakan peminat di Malaysia


BAND jazz dan soul terkenal Indonesia, Maliq & D’Essentials bakal terbang ke Kuala Lumpur bagi memenuhi permintaan para peminat mereka di Malaysia yang mahu melihat aksi mereka menjayakan persembahan istimewa di sini.

Konsert yang diberi nama Can Machine Fall In Love? Album Tour itu akan berlangsung di Megastar Arena, KL, jam 8 malam pada 29 Disember depan.

Maliq & D’Essentials yang ditubuhkan pada 15 Mei 2002 itu buat pertama kalinya mengadakan konsert secara besar-besaran di dua buah negara, Indonesia dan Malaysia dalam siri jelajah mempromosikan album terbaharu mereka berjudul Can Machines Fall In Love? yang dilancarkan pada Mei lalu.

Band yang dianggotai oleh Angga Puradiredja, Indah Wisnuwardhana, Widi Puradiredja, Jawa, Lale dan Ilman Ibrahim itu mengakui teruja untuk mengadakan konsert di beberapa provinsi di Indonesia, dan yang terakhir di Malaysia.

“Peminat di Malaysia boleh menjangkakan persembahan selama dua jam lebih dengan membawakan lebih daripada 20 buah lagu kesemuanya, termasuk gubahan muzik istimewa, dan dilengkapi dengan kemasan audio visual serta penataan cahaya menarik.

“Apa yang pasti siri jelajah pertama kami setelah lebih dari 20 tahun berkarya dan ditubuhkan ini akan menampilkan konsep berbeza daripada apa yang pernah kami tampilkan sebelum ini,” kata Widi mewakili Maliq & D’Essentials.

Pilihan lagu terbaik

Walaupun konsert yang dibawakan oleh Kharisma Music selaku penganjur itu bakal menampilkan sebahagian besar lagu daripada album Can Machine Fall In Love?, tetapi mereka juga turut memasukkan lagu daripada album-album sebelumnya yang ditunggu peminat.

Apa yang pasti, band tersebutmahu semua peminat dapat menikmati persembahan mereka dengan penuh keseronokan.


Ketua Pengarah Eksekutif & Pengasas Kharisma Music, Ahmad Jeffny, berkata, konsert tersebut bukan hanya tentang menyanyikan lagu-lagu viral Maliq & D’Essentials seperti Kita Bikin Romantis, Aduh atau Begini Begitu, bahkan lebih daripada itu,

"Maliq & D’Essentials akan berinteraksi secara langsung dengan peminat-peminat mereka untuk meraikan pencapaian dalam berkarya dua dekad lamanya.

"Kami berharap agar penonton yang hadir bakal terhibur dengan persembahan band ini kerana kemunculan mereka amat dinanti-nantikan di Malaysia.

“Semoga pembeli tiket dapat merasai sendiri malam penuh romantis dengan alunan lagu-lagu mereka yang membuai perasaan serta mengembalikan nostalgia masa lalu," katanya.

Tiket konsert Can Machine Fall In Love? Album Tour berharga RM188, RM288, RM258 dan RM338 sudah mula dijual pada 3 September lalu menerusi laman web www.ticket2u.com/maliq&d’essentials . - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments