Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Bersalah kes dadah, Yoo Ah-in dijatuhkan hukuman penjara


Oleh: AILEEN ADAM
PELAKON Korea Selatan, Yoo Ah-in, dijatuhkan hukuman satu tahun penjara dan denda 2 juta won (RM6,541) selepas didapati bersalah terbabit dalam penyalahgunaan dadah.

Bintang 38 tahun itu sebelum ini ditahan pihak berkuasa kerana penyalah gunaan dadah jenis propofol, midazolam, ketamin dan remimazolam antara tahun 2020 hingga 2022.

Tidak hanya itu, Ah-In juga didakwa atas kesalahan memiliki 1,100 biji pil tidur yang dibelinya dengan menggunakan nama individu lain.

Bagaimanapun ketika perbicaraan di mahkamah, bintang drama siri Hellbound yang disiarkan di Netflix itu, menjelaskan, dia sebelum ini mengalami kemurungan, panik dan gangguan tidur teruk sehingga menyebabkan terpaksa bergantung kepada bahan tersebut.

"Walau apa pun keputusan mahkamah, saya akan membalas mereka yang menjaga saya dengan berusaha menjadi lebih sihat dan jujur serta menjalani hidup sebagai seseorang yang boleh menyumbang kepada masyarakat." katanya.

Ah-In juga berjanji mahu berubah dan menyatakan penyesalan atas tindakan itu. Pun begitu, agensi berita Yonhap melaporkan, pelakon tersebut telah ditahan serta merta selepas hakim mahkamah di Seoul membacakan hukuman berkenaan.

Selain Hellbound, Ah-In juga dikenali menerusi drama dan filem seperti Secret Love Affair (2014), Veteran (2015) dan Voice Of Silence (2020). - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments