Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Bangsawan Mestika Bumi, karya adaptasi filem Melayu klasik

| FOTO: JKKN

KEMENTERIAN Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Pulau Pinang dengan kerjasama Penang Bay Art, Dewan Budaya dan Pusat Pengajian Seni USM membawakan pementasan Bangsawan Mestika Bumi.

Karya menarik yang diadaptasi daripada dua buah filem klasik iaitu Jula-Juli Bintang Tiga terbitan 1959 dan Jula-Juli Bintang Tujuh (1962) itu akan dipentaskan di Dewan Budaya USM, Pulau Pinang, jam 8.30 malam pada 27-29 September ini.

Pementasan Bangsawan Mestika Bumi merupakan sebahagian daripada Program Karya Agung iaitu acara yang bertujuan menyemarakkan karya seni, sastera dan teater warisan.

Program tersebut adalah di Bawah Inisiatif Belanjawan 2024: Ikhtiar 11 - Memperkukuh Perpaduan Dan Keselamatan, Perkara Ketiga - Sukan Dan Budaya Wahana Perpaduan (Budaya, Bahasa Dan Kesusasteraan).

Tidak sekadar hiburan, pementasan bangsawan itu bertujuan untuk memberi pendedahan kepada masyarakat khususnya generasi baharu bagi mengenali dan menjiwai seni warisan bangsa sendiri.

Sejarah bangsawan unik yang menempuh zaman jatuh dan bangunnya perlu diambil iktibar dan dijadikan sandaran bagi menggerakkan produksi teater Malaysia secara lebih terarah dan dinamik.

Jangan ketinggalan menonton Bangsawan Mestika Bumi menampilkan barisan pelakon yang terdiri daripada Norhelmi Othman, Julia Madil, Zulkifli Ismail, El Shazly, Ayie Testo Gegar Lawak, Nawi, Jie, Zamree dan ramai lagi. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments