Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Badminton Terbuka Korea: Tang Jie-Ee Wei muncul juara


BEREGU campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, muncul juara Badminton Terbuka Korea selepas berjaya menewaskan gandingan China, Guo Xin Wa-Li Qian dalam aksi final yang berlangsung di  Stadium Tertutup Mokpo, Seoul, Korea Selatan pada Ahad.

Biarpun tewas pada set pertama kepada pasangan China dengan mata 17-21, Tang Jie-Ee Wei bangkit memperkemas aksi apabila memenangi set kedua, 21-13. Gandingan negara itu meneruskan kecemerlangan pada set penentuan, sebelum menokhtahkan kemenangan dengan mata 21-13 selepas 53 minit beraksi secara keseluruhan.

Kejayaan tersebut menyaksikan mereka membawa pulang wang kemenangan AS$33,180 (RM143,335), manakala Xin Wa-Li Qian selaku naib juara pula memenangi AS$15,960 (RM68,946). Kemenangan istimewa bersempena sambutan Hari Kemerdekaan Negara yang baru disambut semalam.


Sementara itu pasangan beregu wanita negara, Pearly Tan-M.Thinaah pula menaiki podium sebagai naib juara selepas tewas kepada wakil tuan rumah, Jeong Na-eun dan Kim Hye-jeong 21-12, 21-11 pada final kejohanan berstatus Super 500 itu.

Selaku naib juara pasangan negara membawa pulang wang kemenangan bernilai AS$15,960 (RM68,946), manakala Na-eun-Hye-jeong pula meraih AS$33,180 (RM143,335) selaku juara kejohanan. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments