Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Atlet Olimpik Uganda, Rebecca Cheptegei maut dibakar kekasih


SEBIDANG tanah yang akhirnya menjadi tukaran nyawa. Begitulah  pengakhiran hidup Atlet maraton Olimpik Uganda, Rebecca Cheptegei yang maut dibakar  teman lelakinya di daerah barat Trans-Nzoia, Kenya baru-baru ini. 

Menurut laporan media Rebecca, 33, mengalami kecederaan parah apabila lebih daripada 80 peratus badannya melecur akibat kejadian itu.

Difahamkan atlet yang baru bertanding dalam temasya sukan Olimpik Paris 2024 pada Ogos lalu itu bersama dua adiknya diserang lelaki terbabit sebaik pulang dari gereja di rumahnya.

Mereka didakwa bertengkar kerana sebidang tanah yang dibeli oleh atlet berkenaan di kawasan Trans Nzoia dan membina rumah berdekatan dengan pusat latihan sukan.

Media Kenya melaporkan bahawa salah seorang anak perempuan Cheptegei menyaksikan serangan berkenaan yang berlaku di kediamannya.

"Dia menendang saya ketika saya cuba berlari untuk menyelamatkan ibu," ujarnya sebagaimana dilapor akhbar The Standard Kenya.

Sementara itu, seorang saksi lain pula berkata, pasangan itu dilihat bertengkar sebelum lelaki berkenaan menyimbah petrol dan membakarnya.

“Mereka dilihat bertengkar di luar rumah sebelum lelaki itu menyimbah Rebecca dengan cecair dan membakarnya,” ujar saksi.

Bintang sukan itu tidak dapat diselamatkan selepas semua organ dalamannya gagal berfungsi dan meninggal dunia sehari selepas kejadian. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments