Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Aktiviti budaya unik meriahkan Festival Caklempong 2024

| FOTO: JKKN

KEMENTERIAN Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Negeri Sembilan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sembilan dan Majlis Kebudayaan Negeri Sembilan terus memperkasakan seni budaya dengan penganjuran Festival Caklempong 2024.

Program Pelancongan Budaya itu bakal akan berlangsung pada 27 hingga 29 September 2024 di GEMBOX Nilai, Negeri Sembilan.

Festival Caklempong 2024 merupakan platform utama dalam mempromosi dan mempertingkatkan kesedaran, pengetahuan masyarakat terhadap kepentingan seni budaya dalam kehidupan dan dapat meningkatkan kefahaman serta aprisiasi seni masyarakat ke arah pembentukan sebuah bangsa Malaysia yang bersatu padu.

Edisi kali ni bakal menampilkan pelbagai acara seni dan budaya untuk dinikmati oleh masyarakat tempatan dan para pelancong. Orang ramai dijemput hadir dan masuk adalah percuma.

Antara aktiviti menarik yang dilaksanakan sempena Festival Caklempong ini ialah Pertandingan Caklempong Kreatif, PertandinganCaklempong Solo, Pertandingan Pa’Chik Formasi Berirama, Pertandingan Ratu Telepuk dan Pertandingan Tarian Rampaian Seri Sembilan.

Diikuti Battle of the Buskers, Peraduan Mewarna Kanak-Kanak, Pertandingan Busana Kitar Semula, Hot Air Balloon, Telepuk Pound Fitness, Program Buang Sampah Dapat Duit, Jualan Rahmah Madani dan juga BMAX Championship (TAMIYA).

FOTO: JKKN

Tidak ketinggalan Nismilan Fiesta Food yang akan menyajikan makanan-makanan Negeri Sembilan dan juga Makanan Viral.

Festival turut dimeriahkan dengan persembahan barisan artis popular tanah air iaitu Datuk Zainal Abidin, Baby Shima, Suki Low dan ramai lagi. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments