Hot Posts

6/recent/ticker-posts

5 Program menarik TV AlHijrah sempena kempen Maulidur Rasul



MENGANGKAT tema Al-Falah Pemacu Malaysia Madani, TV AlHijrah menyambut Maulidur Rasul tahun ini dengan  menyiarkan lima program Islamik yang menarik untuk tontonan masyarakat umum.

Lima program terbabit ialah Malam Cinta Rasul, Assalamualaikum Khas, Podcast Kekasih Allah, Peristiwa Maulid dan Apa Cerita Kome? Istimewa Maulidur Rasul.

Orang ramai dijemputkan imarahkan malam kelahiran Baginda Nabi SAW dengan berselawat beramai-ramai menerusi Program Malam Cinta Rasul di Dataran Putra, Putrajaya, secara langsung pada 15 September, Ahad, jam 9 malam.

Bersama hos istimewa, Ustaz Nabil Ahmad dan pentausiyah terkenal iaitu Habib Ali Zaenal Abidin, Datuk Setia Dr. Haji Anhar Opir, Datuk Dr. Sukri Othman dan Datuk Ustaz Haji Abdul Manap menghayati kisah kehidupan Baginda Nabi yang penuh pengajaran.

Program Istimewa Maulidur Rasul diteruskan lagi dengan siaran rancangan Assalamualaikum Khas pada 16 September, Isnin, jam 7 pagi.

Bertemakan Maulidur Rasul, rancangan ini akan mengukuhkan lagi rasa cinta kita pada Rasullah SAW dengan topik-topik menarik yang akan dikupas bersama panel jemputan.

Seterusnya, pada hari sama, Podcast Kekasih Allah akan menemani penonton pada jam 9 malam pada setiap Isnin dan Selasa. Ia akan membawa  penonton mendalami akhlak dan keperibadian Al-Mustafa untuk diteladani dan amalkan dalam kehidupan seharian. 

Jangan ketinggalan untuk saksikan Peristiwa Maulid pada 17 September, Selasa, jam 9.30 malam. Hayati dan dalami peristiwa kelahiran Nabi Allah dan sejarah kehidupan Baginda bagi menyuburkan dan menghangatkan rasa cinta dan rindu semua kepada Baginda.

Akhir sekali, Apa Cerita kome? Istimewa Maulidur Rasul akan menemui penonton pada 18 September, Rabu, jam 9 malam. Hayati kuliah disampaikan oleh Datuk Ustaz Kazim Elias yang akan membawa kita meneladani limpahan cinta Rasulullah ketika bersama dengan sahabat mahupun sewaktu berdepan dengan musuh di zamannya. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments