Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Tourism Selangor lancarkan 'Squad Kembara Pusing Selangor Dulu'

Lawatan oleh Azhar A.Kadir, Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dan Ahmad Fauzi Hashim, Pengetua SMK Bukit Changgang di pameran Selangor Hop On Hop Off Bus

TOURISM Selangor telah mengambil langkah penting dalam merapatkan jurang antara pendidikan dan industri pelancongan dengan pelancaran 'Squad Kembara Pusing Selangor Dulu' baru-baru ini.

Inisiatif itu direka bagi memberikan pendedahan awal untuk pelajar kepada sektor pelancongan serta menggalakkan mereka meneroka peluang kerjaya dalam salah satu industri utama di Malaysia.

Langkah tersebut dimulakan di Management Science University (MSU) dengan kerjasama Jabatan Pengajian Pelancongan, di mana pelajar berpeluang mempelajari pelbagai aspek industri pelancongan.

Program itu juga mendapat sokongan penuh daripada beberapa pengusaha produk pelancongan, termasuk Selangor Fruit Valley, Jumpstreet Malaysia, Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Selangor (PADAT), Farm in the City, Farm Fresh, Gua Damai Extreme Park, Hiker Climber Adventure, Bangi Wonderland, Sky Mirror, GM Klang, GL Play, Chocolate Museum dan lain-lain.

Menerusi momentum kukuh itu, Tourism Selangor telah meluaskan usaha ke SMK Taman Melawati di Gombak. Dengan kerjasama Tourism Malaysia, Squad Kembara Pusing Selangor Dulu diserikan lagi dengan pendedahan Kelab Program Pelancongan Pelajar (K3P), yang melibatkan lebih 300 pelajar semasa Hari Kerjaya sekolah.

Ia bertujuan untuk memberi inspirasi kepada pelajar untuk menjadikan pelancongan sebagai laluan kerjaya yang berdaya maju dan bermanfaat.


Tourism Selangor turut bekerjasama dengan SMK Bukit Changgang di Kuala Langat sebagai sebahagian daripada program Aspirasi Kerjaya Kuala Langat (AsKUL).

Perkongsian tersebut memberikan pelajar pengalaman praktikal dan pendedahan tentang industri pelanconga serta menonjolkan peluang kerjaya yang berpotensi dan tersedia di Selangor. Seramai 2,000 orang pelajar dari 18 buah sekolah dari seluruh Daerah Kuala Langat telah terlibat bagi menjayakan program Squad Kembara Pusing Selangor Dulu.

Melangkah ke hadapan, Tourism Selangor merancang untuk meneruskan inisiatif 'Squad Kembara Pusing Selangor Dulu' dengan meluaskan ke sekolah-sekolah di kawasan pinggir bandar.

Matlamat utama adalah bagi memastikan pelajar di seluruh negeri Selangor diberi peluang untuk menerokai dunia pelancongan yang menarik, dengan sokongan berterusan oleh pengendali produk pelancongan terkemuka Selangor. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:
[KREDIT: Tourism Selangor]

Post a Comment

0 Comments