Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Timang cahaya mata lelaki, Justin Bieber kini bergelar bapa



PENYANYI antarabangsa Justin Bieber kini bergelar bapa apabila isterinya, Hailey selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka yang juga merupakan bayi lelaki.

Tidak dapat menyembunyikan rasa terujanya dengan kelahiran tersebut, Justin, berkongsi berita gembira itu menerusi satu hantaran di Instagram miliknya pada pagi Sabtu.

Pada hantaran tersebut, bintang berusia 30 tahun itu memuat naik sekeping foto yang memaparkan bahagian kaki bayinya yang diberi nama Jack Blues Bieber.

“Selamat pulang ke rumah. Jack Blues Bieber,” tulisnya sebagai kapsyen.

Hantaran tersebut pantas mendapat perhatian daripada para peminat dan pengikutnya yang turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah pasangan berkenaan.

Terdahulu, penerima anugerah Grammy itu berkongsi berita kehamilan isterinya pada 9 Mei lalu dan berkongsi keterujaan mereka bakal menimang cahaya mata setelah enam tahun mendirikan rumah tangga. 

Pasangan popular itu  berkahwin pada September 2018 di New York, Amerika Syarikat. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments