Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Terima gelaran Datuk, Remy Ishak anggap sebagai rezeki


PELAKON Remy Ishak dikurniakan Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M) yang membawa gelaran Datuk pada Ahad.

Anugerah tersebut diterima pada majlis Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka bersempena Sambutan Hari Jadi ke-75 Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam yang berlangsung di Balai Istiadat Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka.

Remy atau nama sebenarnya Mohamad Zalimei Ishak, 42, menyifatkan anugerah tersebut sebagai rezeki, bintang filem Sangkar itu mahu menjadikan ia sebagai pemangkin semangat untuk bekerja lebih keras pada masa akan datang.

Dalam masa sama, aktor kelahiran negeri Melaka itu juga berkarap penganugerahan tersebut turut memberi inspirasi kepada anak muda lain untuk mengejar cita-cita mereka dalam bidang diceburi.

Remy yang ditemani isterinya, Ezza Yusof adalah antara 60 penerima DPSM yang turu membawa gelaran Datuk.

Pada acara sama, seorang lagi anak seni yang turut menerima anugerah iaitu pelakon Ashraf Muslim yang dianugerahkan Bintang Khidmat Terpuji (BKT). - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments