Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Tanah jerlus di Jalan Masjid India, seorang mangsa tertimbus


SEORANG wanita warganegara India dipercayai tertimbus dan terperangkap dalam kejadian tanah jerlus di hadapan Malayan Mansion, Jalan Masjid India pada Jumaat.

Memetik laporan Awani, Komander Operasi, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Riduan Akhyar, berkata, Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, menerima panggilan kecemasan pada jam 8.22 pagi.

"Pasukan seterusnya menghantar jentera ke tempat kejadian. Keluaran pasukan operasi daripada BBP Titiwangsa serta bantuan dari BBP Hang Tuah bersama jentera FRT-2 dan RIM-2 dengan kekuatan 15 anggota lain-lain pangkat sebagai ‘first responder’ untuk menangani insiden kecemasan.

"Setibanya pasukan di lokasi kejadian benar terdapat seorang mangsa wanita dewasa warganegara India berumur 48 tahun terjerlus ke dalam lubang dan tertimbus di bawah tanah.

"Kedalaman lubang dianggarkan lapan meter. Tindakan operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan. Unit STORM dan Unit Pengesan (K9) berada di lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Video yang memaparkan insiden tidak dijangka itu turut tular di media social di mana menyaksikan mangsa sedang berjalan sebelum tiba-tiba tenggelam apabila jalan yang dilalui menjadi lubang dipercayai akibat tanah jerlus. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments