Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Sold Out!!! 400,000 peminat berebut beli tiket konsert 2NE1 di Seoul


Oleh: AILEEN ADAM

HANYA dalam sekelip mata, tiket 2024 2NE1 Concert (Welcome Back) In Seoul yang dijadualkan berlangsung pada 5 dan 6 Oktober di Olympic Hall di Olympic Park, Seoul, habis terjual sebaik dibuka kepada umum.

Sambutan luar biasa yang diterima kumpulan yang dianggotai oleh Bom atau Park Bom, Minzy (Gong Min-Ji), CL (Lee Chae-Rin) dan Dara (Sandra Park) itu menunjukkan betapa ramai teruja dengan comeback mereka setelah sekian lama tidak beraksi di pentas.

YG Entertainment dalam satu kenyataan memaklumkan seramai 400,000 orang telah mengakses laman tiket konsert tersebut secara serentak sehingga menyebabkan kedua-dua tarikh persembahan habis terjual dalam sekelip mata.

Perkembangan tersebutnya tentunya turut menarik perhatian peminat-peminat global kumpulan K-Pop legenda itu yang mengakui tidak sabar dan bersedia untuk 'berebut' mendapatkan tiket konsert  apabila dijual di lokasi mereka.   


Dalam pada itu, 2NE1 yang popular dengan lagu-lagu seperti  Fire, Go Away dan I Am The Best itu kini sedang rancak mempersiapkan diri dengan menjalani latihan akhir menjelang konsert siri jelajah dunia terbaharu mereka itu.

Sejak berita mengenai konsert tersebut diumumkan YG Entertainment pada Julai lalu, ia telah mencetuskan 'kekecohan' luar biasa dalam kalangan peminat kumpulan wanita ikonik itu di seluruh dunia.

Malah hampir setiap hari perbincangan tentang 'kepulangan' 2NE1 menjadi topik perbualan di media sosial dan masing-masing mengharapkan negara mereka tersenarai dalam senarai lokasi persinggahan siri jelajah dunia kumpulan itu.  - 7KLIK

ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments