Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Sesi pertemuan #UlikeBeautyTech singkap teknologi kecantikan alaf baharu


TIDAK lama selepas kejayaan pelancaran outlet eksperiensial Ulike yang kedua di Johor Bahru, Ulike telah mempamerkan kemajuan terkini dalam teknologi kecantikan serta menganjurkan bengkel yang informatif di Sesi Pertemuan #UlikeBeautyTech, di Luuma Dining & Bar, Kuala Lumpur.

Menghimpunkan para peminat kecantikan, pakar perubatan bertauliah serta personaliti industri, sesi itu secara rasminya telah melancarkan Ulike Air 10 Pro berwarna merah jambu, sekali us meluaskan lagi pilihan warna yang disediakan buat mereka yang menginginkan sentuhan elegan dan gaya dalam rutin kecantikan mereka.

Susulan pengumuman yang mengujakan itu, Dr. Nurul A’in Sa'ari, telah mengadakan seminar Ulike Air 10 Pro yang informatif, mengupas bagaimana produk inovatif itu mencetus trend baharu dalam industri kecantikan.

Menurut Dr. Aen, Ulike Air10 Pro mempunyai banyak kelebihan termasuk dapat memastikan kulit lembut berpanjangan, perlindungan kulit, saringan UV, serta pengalaman mengurangkan bulu badan yang paling menyelesakan dan selamat dengan kemudahan tetapan kesesuaian kulit.

"Ulike Air10 Pro menggandingkan ciri kejituan dan keselamatan setaraf solusi profesional dalam bentuk yang kompak dan ringan, selain menawarkan pengalaman yang hampir setanding dengan perkhidmatan yang disediakan di salon,” ujarnya.

Ulike Air10 Pro, penyingkir bulu badan terkemuka dunia dengan ciri Dwicahaya, merupakan peranti Cahaya Denyut Intensif (IPL) pertama yang mengubah landskap industri penyingkiran bulu badan.

Dengan dua sumber cahaya, kawasan rawatan menjadi lebih luas serta output tenaga juga meningkat, lantas bulu badan dapat dibuang dengan lebih cepat lagi berkesan.

Di samping itu, jenama tersebur juga turut membolehkan orang ramai menyingkap secara eksklusif produk serba ringan Ulike yang terkini, Ulike Clear Pro DPL NIR Beauty Device, justeru membentuk standard baharu dalam teknologi kecantikan.

Teknologi rintis

Bakal dilancarkan pada penghujung suku ketiga tahun ini, Ulike Clear Pro membawakan dua teknologi rintis iaitu Black Gold DPL Super Photon Lightening dan NIR Platinum Milk Light Whitening.

Black Gold DPL Super Photo Lightening berfungsi untuk menghilangkan kecelaan dan kesan jerawat dengan terus menyasarkan tompok-tompok melanin dan pigmentasi.


Sementara itu, NIR Platinum Milk Light Whitening, teknologi kecantikan kulit cahaya inframerah dekat yang canggih menggunakan gelombang cahaya 900nm-1800nm tanpa cahaya berwarna.

Ia memberikan tahap penembusan yang lebih kuat, terus mengenai dermis untuk membuat kulit tampak lebih lembut dan segar, selain mengaktifkan kolagen dan juga elastin.

Pengunjung yang hadir ke acara tersebut juga telah berpeluang untuk berinteraksi dengan produk-produk inovatif Ulike dan melihat sendiri bagaimana teknologi sedang mengubah dunia kecantikan.

Acara tersebut turut menampilkan segmen temu bual yang eksklusif bersama personaliti-personaliti daripada industri perubatan dan kecantikan, termasuk Miaazahar (Syaza Amira Azahar), Dr. Say (Shazril Shaharuddin), Sally Whoo (Nur Salihah Aimuni), Saby Rose, Dr. Mya Kamaruzaman, Jane Chuck, Nurulain Edruce, dan ramai lagi. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments