Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Sertai keseronokan bersama Tonton di Animangaki 2024! Konvensyen animasi, komik, dan permainan Jepun terbesar di Malaysia


BERSIAP sedia untuk pengembaraan epik dalam dunia anime, manga, dan permainan video di AniManGaki 2024.

Tonton, platform penstriman terkemuka Malaysia mengumumkan peranannya sebagai penaja konvensyen terbesar yang sangat dinantikan oleh peminat-peminatnya tahun ini, yang akan berlangsung di Mines International Exhibition & Convention Centre  pada 23 hingga 25 Ogos.

Selaku penaja, Tonton turut bersama-sama memeriahkan aktiviti di konvensyen dengan menawarkan pelbagai hiburan dan aktiviti menarik serta tawaran eksklusif. 

Menambah keterujaan dalam acara utama, pengunjung yang melanggan pelan Tonton selama sekurang-kurangnya tiga bulan akan berpeluang menyertai cabutan bertuah dengan hadiah-hadiah yang hebat. 

Istimewanya, dengan jalinan kerjasama dengan Samsung, pengunjung berpeluang membawa pulang hadiah utama berupa TV Samsung Crystal UHD 65 inci.  Ini adalah peluang untuk pelanggan Tonton meningkatkan sistem hiburan di rumah dengan teknologi terkini.

Jangan lepaskan peluang ini untuk melawat booth Tonton, dan anda mungkin menjadi pemenang bertuah hadiah Utama.

Di booth Tonton, pengunjung berpeluang mencuba dalam permainan interaktif yang pasti akan memberikan pengalaman yang baru.

Selain daripada itu, pelanggan baru Tonton yang bertuah juga bakal membawa pulang cenderamata istimewa sebagai tanda penghargaan kami kerana menyertai keluarga Tonton.

AniManGaki 2024 menjanjikan hujung minggu yang penuh dengan pengalaman berwarna-warni, daripada meneroka Artist Alley dan kagum dengan Cosplay Alley, hingga bertemu YouTuber maya kegemaran anda di Vtuber Showcase.

Pemain video boleh bersaing dalam kejohanan yang mendebarkan, dan peminat muzik akan menikmati persembahan daripada tetamu istimewa seperti JKT48, KLP48, Luna Haruna, dan Hakken.

Bukan sekadar persembahan, pengunjung juga berpeluang berinteraksi dengan idola dan artis kegemaran mereka. 

Dengan tambahan tarikan seperti pertandingan cosplay, pertandingan seni, permainan karnival, dan Makan Corner yang lazat, setiap orang pasti akan terhibur dan berseronok.

Sertai Tonton di AniManGaki 2024, salah satu konvensyen terbesar Malaysia untuk anime, manga, dan permainan video. Terokai keseronokan dan hiburan yang menanti anda dan manfaatkan acara yang mengujakan ini. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments