Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Selangor Travel Mart promosi awal Tahun Melawat Selangor 2025

| FOTO: Tourism Selangor

KERAJAAN negeri Selangor, melalui agensi promosi pelancongan rasmi, Tourism Selangor mengambil langkah besar dalam mempergiat kesedaran Tahun Melawat Selangor 2025 dengan kejayaan penganjuran Selangor Travel Mart buat julung kalinya.

Acara yang diadakan pada 15 Ogos 2024, di Royale Chulan Damansara itu telah mengumpulkan seramai 400 ejen dan pembeli pelancongan tempatan dan antarabangsa.

Ini menandakan satu permulaan langkah yang penting oleh kerajaan negeri untuk membangunkan industri pelancongan.

Selangor Travel Mart telah memaparkan pelbagai tarikan pelancongan Selangor, yang dianggarkan akan menjadi tarikan utama ketika Tahun Melawat Selangor 2025.

Tarikan-tarikan pelancongan ini termasuk Gamuda Land Play, Sky Mirror Tours and Travel, Selangor Fruit Valley, Jumpstreet Asia, Chocolate Museum, Farm Fresh, Eastin Hotel, Mardhiyyah Hotel and Suites, Mercure Hotel Glenmarie dan Fraser Valley.

Acara itu juga telah mengumpulkan pembeli dari 30 negara, termasuk pasaran utama seperti Indonesia, Singapura, Maldives, Vietnam, United Kingdom, Kanada, Switzerland, China dan beberapa yang lain.

Kejayaan penganjuran acara tersebut adalah bukti kepada tarikan Selangor yang mula menjadi destinasi pelancongan yang utama.

Selangor Travel Mart dijangka akan memainkan peranan yang penting untuk mencapai sasaran kemasukan pelancong ke negeri Selangor seramai 8 juta pelancong pada tahun 2025.

Tourism Selangor juga akan meneruskan usaha untuk mempromosikan Negeri Selangor sebagai destinasi pelancongan yang kukuh dan sebagai salah satu peneraju industri pelancongan di Malaysia.

FOTO: Tourism Selangor

Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor, Azrul Shah Mohamad,  dalam satu kenyataan berkata, Selangor Travel Mart berfungsi sebagai platform yang penting untuk mempamerkan kekayaan tawaran pelancongan di negeri Selangor.

"Kejayaan acara ini adalah bukti bahawa negeri Selangor memiliki potensi untuk menarik perhatian antarabangsa semasa Tahun Melawat Selangor 2025," ujarnya. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments