RTM terus membawakan liputan sukan terbaik dengan menjadi penyiar rasmi Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 edisi ke-21 yang kini sedang hangat berlangusng di Sarawak.
Liputan aksi menarik dalam semua acara di temasya tersebut disiarkan di platform utama RTM melalui saluran OKEY, Sukan RTM, RTMklik dan Dua saluran khas di platform digital.
Menurut Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Suhaimi Sulaiman, RTM membawakan kesemua 37 acara sukan yang dipertandingkan secara langsung bermula 12 Ogos 2024 hingga 24 Ogos 2024 meliputi sembilan lokasi utama iaitu Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri.
SUKMA 2024 melibatkan penyertaan 9927 atlet daripada 15 kontijen berentap untuk mencipta kejayaan dan ia juga turut menyaksikan buat kali ketiga Sarawak menjadi tuan rumah SUKMA selepas 1990 dan 2016.
Selain itu, laporan harian iaitu sesi pagi bermula pukul 9 pagi hingga 12 tengahari, diikuti sesi jam 2 hingga 5 petang dan pada 10 hingga 11 malam.
Pastikan RTM menjadi pilihan untuk pengalaman dan keterujaan selama 60 jam siaran percuma yang penuh dengan aksi sukan terbaik. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments