Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Ray kini bersama Jep dan Rahim, hangatkan Trio Pagi di Sinar


SINAR mengumumkan penyampai radio, Ray, kini menyertai keluarga besar stesen tersebut sebagai salah seorang penyampai untuk segmen popular, Pagi Di Sinar, bersama Jep dan Rahim.

Kehadiran Ray dalam trio itu dijangka akan membawa nafas baharu dan memberikan lebih banyak warna kepada segmen pagi yang digemari ramai.

Pengurus Saluran Sinar, Raja Nadia Salwana menyifatkan Ray mempunyai pengalaman luas untuk beraksi dalam bidang penyiaran radio.

“Ray mahir dalam selok belok pengendalian segmen pagi radio sewaktu ketika dahulu dilihat mampu membimbing rakan penyampai yang lain.

“Keserasian lebih menjurus kepada Ray selepas beberapa nama yang telah kami senarai pendek ketika proses pemilihan.

"Malah, nama Ray juga tidak asing lagi dalam kalangan pendengar Astro Radio yang inginkan informasi terkini dan bersahaja,” katanya.

Menerusi gabungan unik Jep, Rahim, dan Ray, Pagi Di Sinar akan terus menceriakan pagi para pendengar dengan humor, informasi, dan perbincangan menarik yang pastinya akan memberi impak positif.

Jangan ketinggalan untuk dengarkan Pagi Di Sinar setiap Isnin hingga Jumaat, dari jam 6 pagi hingga 10 pagi.

Pesta Bola Sinarena

Dalam pada itu, bersempena bulan kemerdekaan, Sinar dan Astro Arena akan mengadakan perlawanan persahabatan yang julung kali diadakan bersama para pemain legenda Gergasi Merah, Juara Piala Sultan Selangor 2024, yang diketuai oleh legenda bola sepak tanah air, Datuk Zainal Abidin Hassan.

Acara itu akan menampilkan barisan penyampai radio dan personaliti sukan popular. Ray juga akan turut beraksi di pentas, menjadikan ia sebagai acara pertama Ray di Sinar.


Perlawanan tersebut merupakan gabungan terbesar dalam sejarah perlawanan bola sepak antara pemain profesional dan penyampai radio serta TV.

Pesta Bola Sinarena itu dijadualkan berlangsung pada 25 Ogos 2024, bertempat di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Acara yang akan bermula pada jam 4 petang dan berakhir pada 7 malam itu akan menyaksikan perlawanan utama yang akan dimulakan pada jam 5 petang.

Para penonton berpeluang menyaksikan aksi-aksi hebat daripada legenda bola sepak serta penyampai radio kegemaran mereka yang akan berentap dalam semangat kesukanan tinggi.

Peminat boleh hadir ke stadium secara percuma. Bagi mereka yang tidak dapat hadir, perlawanan ini juga akan disiarkan secara langsung di akaun TikTok Sinar. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:
[FOTO: Astro Radio]

Post a Comment

0 Comments