Oleh: AILEEN ADAM
BINTANG K-Pop, Taeil NCT secara rasminya tidak lagi bersama kumpulan NCT apabila dia dikeluarkan oleh agensi SM Entertainment selepas didakwa terlibat kes jenayah seksual.
Berita tersebut tentunya mengejutkan banyak pihak terutama para peminat yang selama ini banyak menyokong perjalanan seni penyanyi tersebut.
SM Entertainment dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan pada 28 Ogos menyatakan, pihaknya baru-baru ini mendapati Taeil telah dituduh dalam kes jenayah berkaitan kesalahan seksual.
"Semasa kami menilai fakta-fakta berkaitan dengan perkara ini, kami menyedari betapa seriusnya situasi tersebut dan memutuskan bahawa Taeil tidak lagi boleh meneruskan aktiviti bersama NCT.
"Setelah berbincang dengan Taeil, kami telah memutuskan supaya dia meninggalkan kumpulan ini.
"Kami amat memohon maaf atas kebimbangan dan kesulitan yang disebabkan oleh artis kami," ujar kenyataan tersebut.
Pengumuman tersebut langsung trending dan menjadi bualan hangat di media sosial apabila ada peminat sukar mempercayai dakwaan tersebut.
Tidak hanya itu, netizen juga mula menyiasat apakah kes yang dikaitkan artis terbabit sehingga dia dikeluarkan daripada kumpulan. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
- timang-cahaya-mata-lelaki-justin-bieber
- jlo-fail-cerai-pada-ulang-tahun-kedua
- aktres-gena-rowlands-meninggal-dunia
0 Comments