Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Rapper Macklemore bakal hangatkan After Race Fest sempena perlumbaan MotorGP


RAPPER terkenal Amerika Syarikat (AS), Macklemore, merupakan antara penyanyi yang bakal menghangatkan konsert After Race Fest sempena perlumbaan MotoGP pada 3 November depan.

Acara yang bakal diadakan di di Helipad Litar Antarabangsa Petronas Sepang (SIC) itu dianggap signifikan dengan penganjuran MotoGPTM yang bersifat energatik semperna ulang tahun ke-25 Petronas SIC.

HIFIVE Entertainment selaku penganjur dan rakan strategik PETRONAS SIC telah memilih barisan penghibur antarabangsa dan tempatan yang mempunyai piawaian seiring dengan klimaks menutup MotoGPTM.

Pengarah Urusan HiFive Entertainment, Sean Pereira, berkata, Penganjuran perlumbaan MotoGP tidak lengkap jika diakhiri tanpa keraian dalam kalangan pengunjung. 

“Kami di HIFIVE Entertainment menganjurkan After Race Fest bukan semata-mata bersifat hiburan sebaliknya meraikan pengunjung dari seluruh dunia ke MotoGP dengan pelbagai aktiviti lain.

"Ia termasuk pertunjukan drone dan persembahan bunga api sebagai signifikan penganjuran acara yang sukses,” ujarnya.

After Race Fest bakal menampilkan 10 penghibur mengikut genre termasuk rap, rock dan pop di mana penganjur yakin barisan artis tersebut akan memenuhi cita rasa penggemar muzik dunia dan tempatan.

Sedar pengunjung MotoGP terdiri daripada pelbagai golongan dan usia yang hadir dari seluruh pelusuk dunia, HIFIVE Entertainment membawa band yang cukup terkenal pada lewat tahun 90-an iaitu Smash Mouth.

Mempunyai banyak hit yang cukup digemari, band dengan enam anggota kumpulan ini dijangka menyampaikan lagu popular mereka termasuk All Star dan Walkin’ On The Sun serta So Insane.

Tidak hanya itu, kehadiaran rapper Macklemore yang hangat diperkatakan selepas dengan berani menghasilkan single Hinds Hall sebagai tanda sokongan kepada Palestin turut mengundang teruja penonton.

Smash Mouth dan Macklemore juga turut ditemani barisan penghibur yang tidak kurang hebatnya termasuk Nidji dan Feel Koplo (Indonesia), 6ixth Sense dan De Fam merupakan persembahan dalam pengumuman fasa pertama, manakala barisan artis lain akan diketahui pada pengumuman fasa kedua yang akan dilakukan pada September nanti.

After Race Fest akan bermula pada jam 4 petang di mana pengunjung boleh menyaksikan persembahan Feel Koplo dan De Fam dengan Segment Get Started. Sementara Segment Healing pula akan dikuasai oleh Nidji dan 6itxh Sense, diikuti Segment Tribute bersama Macklemore sebelum Smash Mouth akan menggegarkan Segment Let’s Rock.

Begi segment Segment Grooving & Party pula akan diisi dengan persembahan barisan artis yang akan diumumkan dalam fasa kedua.

Acara tersebut dijangka bakal dihadiri sekitar 10,000 hingga 15,000 penonton. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments