Nama Haziq sememangnya tidak asing lagi dalam industri penyiaran radio dan pengalaman tersebut akan diguna pakai untuk mengendalikan segmen Petang Era.
Sementara Shasha pula adalah penyampai radio baharu dan pernah menjadi hos media digital The Hardest Singing Show yang baru-baru ini.
Pengurus Saluran Radio Era, Azah Sahrin berkata, pemilihan Haziq dilihat wajar kerana dia memiliki pengalaman tersendiri dalam dunia penyiaran radio.
“Meskipun berehat seketika dalam dunia penyampaian radio sekitar hampir tiga tahun, tetapi ia adalah masa yang sesuai dilihat untuk kembali semula ke bidang diminatinya.
“Cara penyampaiannya yang bersahaja dan mudah mesra dengan pendengar antara faktor Haziq dilamar untuk menjadi sebahagian keluarga besar Era.
Dalam pada itu, pemilihan Shasha untuk sama pula kerana pakej lengkap yang dimiliki, selain mempunyai potensi besar untuk diketengahkan.
“Kerjayanya bermula di Era hanya sebagai penyampai radio sambilan, tetapi melihat ketekunan dan semangatnya dalam industri radio membuatkan Era memilihnya.
“Shasha juga memiliki personaliti menawan dan mudah tersenyum setiap kali berinteraksi dengan pendengar.
“Gandingan Haziq dan Shasha dapat menyaksikan Petang Era akan lebih segar dan bertenaga untuk menarik pendengaryang berusia sekitar 10 hingga 29 tahun," jelas Azah.
Dengarkan Petang Era setiap Isnin hingga Jumaat, jam 4 petang hingga 8 malam. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
- astro-radio-perkenal-barisan-penyampai
- angah-tidak-lagi-bersama-sinar-undur
- kami-care-drive-thru-bubur-lambuk
[KREDIT: Astro Radio]
0 Comments