Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Penyampai 3 Pagi ERA sertai perbarisan Hari Kebangsaan ke-67 di Putrajaya

 Nabil (tiga dari kanan) teruja menyertai perbarisan Hari kebangsaan buat pertama kali bersama APMM | FOTO: Astro radio

PENYAMPAI popular rancangan 3 Pagi ERA iaitu Nabil, Azad, dan Radin, akan memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan ke-67 dengan mengambil bahagian dalam perbarisan Hari Kebangsaan di Putrajaya pada Sabtu.

Buat pertama kali, trio itu akan menyertai perarakan bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), sebuah agensi keselamatan yang bertanggungjawab dalam menjaga kedaulatan perairan negara.

Perarakan sambutan Hari Kebangsaan ke-67 yang bertemakan 'Malaysia Madani: Jiwa Merdeka,' adalah acara tahunan yang dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Penyertaan Nabil, Azad, dan Radin dalam skuad perbarisan APMM tidak hanya memberi peluang kepada mereka untuk merasai pengalaman sebagai anggota badan uniform, tetapi juga sebagai satu cara ERA untuk mempersembahkan sesuatu yang unik sempena sambutan bersejarah ini.

Pengurus Saluran Radio ERA, Azah Sahrin, berkata, pemilihan penyampai 3 Pagi ERA itu untuk menyertai perbarisan bersama APMM adalah satu keputusan tepat.

"Penyertaan itu memberi mereka peluang merasai sendiri pengalaman sebagai anggota keselamatan negara.

"Kami ingin tampil kelainan untuk sambutan kali ini, dan penyertaan dalam perbarisan ini adalah cara terbaik untuk menyemarakkan semangat Hari Kebangsaan,” ujarnya.

Latihan intensif

Sebelum menyertai perbarisan, Nabil, Azad, dan Radin menjalani latihan intensif selama dua hari bersama APMM, di mana mereka diberi tunjuk ajar cara-cara berkawad dan memakai uniform APMM dengan betul.

Nabil dan Radin ketika menjalani latihan bersama anggota APMM | FOTO: Astro radio


Pengalaman itu memberikan mereka perspektif baharu tentang disiplin dan tanggungjawab sebagai anggota keselamatan.

Berkongsi perasaan menyertai pembarisan terbabit, Nabil meluahkan rasa teruja dan bersyukur atas peluang yang diberikan.

“Memakai uniform APMM dan berkawad bersama mereka adalah satu pengalaman luar biasa. Aura yang dirasai tidak dapat digambarkan dengan kata-kata, dan saya sangat berterima kasih kepada APMM atas tunjuk ajar serta peluang ini,” katanya.

Orang ramai boleh dengarkan penyampai 3 Pagi ERA setiap Isnin hingga Jumaat dari jam 6 hingga 10 pagi. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:
[KREDIT: Astro Radio]

Post a Comment

0 Comments