Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Olimpik Paris 2024: Shah Firdaus mara ke suku akhir keirin


ATLET berbasikal trek negara, Shah Firdaus berjaya mara ke pusingan suku akhir acara kierin pada perlumbaan pusingan repechage yang berlangsung di Velodrom Nasional Perancis pada Sabtu.

Shah meraih tempat pertama dalam pusingan tersebut selepas bersaing dengan empat lagi pelumba iaitu Nick Wammes dari Kanada, Liu Qi (China), Rayan Helal (Perancis), dan Jaïr Tjon En Fa (Surinam).

Kemaraan itu sekali gus menyaksikan Shah atau Muhammad Shah Firdaus Sahrom, menjadi harapan tunggal Malaysia untuk terus memburu pingat.

Terdahulu, jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang tersingkir daripada saingan selepas penyertaannya pada saringan pertama dibatalkan.  - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments