Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Olimpik Paris 2024: Melangkah ke semi final, Pearly-Thinaah lakar sejarah



Oleh: SHAZAN ZAIDI


BEREGU wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah melangkah bergaya ke pusingan separuh akhir Olimpik Paris 2024 apabila berjaya menewaskan gandingan Korea Selatan, Kim So Yeong-Kong Hee Yong pada Khamis.

Dalam aksi penuh mendebarkan yang berlangsung di Arena Porte de la Chapelle itu, Pearly-Thinaah mempamerkan permainan terbaik mereka dengan mengatasi lawan yang menghuni ranking ke-10 dunia itu dengan kemenangan 21-12 pada set pertama dan 21-13 untuk set kedua.

So Yeong-Hee Yong yang juga pemenang gangsa Olimpik edisi lalu itu bagaimanapun tidak memberi laluan kepada pasangan negara yang paksa berhempas-pulas mendapatkan mata terutama untuk set kedua yang menyaksikan saingan cukup sengit.

Lebih mendebarkan apabila Pearly dilihat menerima rawatan selepas mengadu kesakitan di bahagian hamstringnya pada kedudukan 13-12, sekali gus membuatkan penyokong Malaysia cemas seketika.


Pun begitu, Pearly-Thinaah berjaya memutlakkan kemenangan mereka, sekali gus melakar sejarah manis sebagai beregu wanita pertama negara yang berjaya melangkah ke separuh akhir temasya sukan terbesar dunia itu.

Gandingan ini akan meneruskan perjuangan memburu pingat dalam aksi separuh akhir yang sekali lagi akan menemukan mereka dengan gandingan no. 1 dunia, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

[KREDIT FOTO: BWF Official]

Post a Comment

0 Comments