Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Olimpik Paris 2024: Hadiahkan pingat pertama buat Malaysia, Aaron-Wooi Yik pertahan gangsa


Oleh: SHAZAN ZAIDI

PENANTIAN untuk mendapat pingat akhirnya menjadi kenyataan apabila kem badminton negara menerusi pasangan beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik berjaya meraih pingat gangsa selepas menewaskan gandingan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen dari Denmark di Porte de La Chapelle Arena, pada Ahad.

Pingat gangsa tersebut merupakan pingat pertama buat Malaysia di Sukan Olimpik Paris yang kini sedang hangat berlangusng sehingga 11 Ogos ini.

Misi mempertahankan pingat gangsa yang pernah diraih di Tokyo 2020 sebelum ini tercapai apabila Aaron-Soh Wooi menyingkirkan gandingan nombor dua dunia itu dengan mata 16-21, 22-20 dan 21-19.

Perlawanan selama lebih satu itu berlangsung sengit dan mendebarkan apabila masing-masing cuba mendahului dan mengutip mata kemenangan.

Malah Aaron-Wooi Yik yang kalah pada set pertama dan hampir kalah pada pasa set kedua dengan mata 16-20, tiba-tiba bangkit mencari mata penyamaan pada saat-saat genting sebelum berjaya mengheret perlawanan ke set ketiga danseterusnya memenangi perlawanan itu.

Terdahulu pada Olimpik Tokyo 2020, Aaron-Wooi Yik berjaya menewaskan bekas juara dunia dari Indonesia Mohamad Ahsan-Hendra Setiawan untuk membawa pulang pingat gangsa. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments