Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Olimpik Paris 2024: Bawa pulang gangsa, Zii Jia sumbang pingat kedua untuk Malaysia



Oleh: SHAZAN ZAIDI

PEMAIN badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia berjaya meraih gangsa, sekali gus merupakan pingat kedua buat Malaysia setelah menewaskan pemain dari India, Lakshya Sen di Arena Porte de La Chapelle pada Isnin.

Bekas juara All England itu memuktamatkan kemenangan ke atas pemain ranking ke-14 dunia itu dengan mata 13-21, 21-16, 21-11.

Pada set pertama, Zii Jia kalah kepada Laksya, tetapi berjaya bangkit pada set kedua sekali gus membawa permainan ke set penentuan.

Lebih agresif dan bersemangat pada set ketiga, pemain berusia 26 tahun itu berjaya mengutip mata demi mata sebelum mencatat kemenangan ke atas Laksya dan mengesahkan pingat gangsa menjadi miliknya.

Zii Jia yang menjadi prospek emas negara sebelum ini tewas kepada juara dunia 2023 dari Thailand, Kunlavut Vitidsarn 14-21, 15-21 dalam aksi separuh akhir.

Terdahulu, pasangan beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menghadiahkan pingat pertama buat Malaysia setelah menang dalam perlawanan menentang gandingan dari Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen pada Ahad. - 7KLIK

ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments