Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Nora kongsi video suami lafaz cerai talak satu


PENYANYI Datuk Nora Ariffin mendedahkan perkahwinan yang dibina selama tiga tahun bersama suami, Dr. Rushdi Ramli berakhir apabila diceraikan dengan talak satu.

Pendedahan tersebut dibuat Nora atau nama penuhnya Wan Norafiza Wan Ariffin, 51, menerusi satu perkongsian di akaun Instagram miliknya dengan memuat naik video pendek yang menyaksikan talak tersebut dilafazkan.

"Saya yang bernama Rushdi Ramli, dengan ini menceraikan dan mentalakkan isteri saya, Wan Norafiza Ariffin dengan talak satu kerana Allah," lafaznya.

Bagaimanapun penyanyi yang popular dengan lagu Di Persimpangan Dilema itu tidak berkongsi punca perceraian tersebut, sebaliknya reda menerima takdir berkenaan.

"Alhamdulillah selesai, Allah sahaja yang tahu," ujarnya ringkas.

Nora dan Dr Rushdi yang juga merupakan Pensyarah Kanan, Jabatan Figh & Usul, Universiti Malaya berkahwin dalam satu majlis yang diadakan sekitar hujung tahun 2021.

Terdahulu Nora mendirikan rumah tangga dengan Allahyarham Johan Nawawi pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata. Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments