Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Muncul juara Terbuka Jepun, Sze Fei-Izzuddin akhiri kemarau 22 tahun


PASANGAN beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani meneruskan prestasi cemerlang apabila muncul juara di Kejohanan Badminton Terbuka Jepun yang berlangsung di Yokohama Arena, pada Ahad.

Gandingan yang menghuni ranking ke-12 dunia itu tampil cemerlang dengan mengalahkan pasangan dari Korea Selatan Kang Min-hyuk-Seo Seung-jae dengan 21-19, 21-15 dalam aksi 45 minit.

Pada aksi separuh akhir, beregu negara terlebih dahulu menewaskan gandingan dari Indonesia, Leo Rolly Carnando-Bagas Maulana yang turut menyaksikan perlawanan sengit.


Kemenangan itu menyaksikan Sze Fei-Izzuddin menamatkan kemarau 22 tahun kejuaraan pada kejohanan tersebut, selain membaa pulang AS$62,900 (RM275,226) yang juga merupakan wang kemenangan terbesar buat mereka setakat ini.

Terbuka Jepun merupakan kejohanan terakhir pasangan ini di bawah naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sebelum memeulakan perjalanan baharu sebagai pemain profesional bermula 1 September ini. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments