Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Minum petang berinspirasikan taman dengan menu istimewa di Grand Hyatt Kuala Lumpur


GRAND Hyatt Kuala Lumpur kini menampilkan menu minum petang terbaru, The Grand Garden Tea Party di restoran THIRTY8.

Berinspirasikan kehijauan tumbuh-tumbuhan dari Taman KLCC yang ikonik, Ketua Pastri Cef Low Kin Kang telah bekerjasama dengan Cef Julien Perrinet, Ketua Eksekutif Pastri Hyatt Asia Pasifik dari Park Hyatt Tokyo.

Kedua-dua chef berganding bahu, mencipta menu minum petang  yang akan memukau cita rasa dan pancaindera para tetamu yang akan mengingatkan keindahan taman yang sedang mekar.

Dengan berlatarbelakangkan pemandangan panorama Kuala Lumpur yang menakjubkan dari restoran THIRTY8, set minum petang The Grand Garden Tea Party akan menawarkan pengalaman gastronomi minum petang yang hebat.

Grand Hyatt Kuala Lumpur juga mengambil pendekatan yang lestari dengan memberi sokongan terhadap perusahaan komuniti tempatan, dengan menampilkan bahan-bahan tempatan termasuk hasil segar dari Cameron Highlands yang digunakan dalam setiap menu.

Menu istimewa

Kulinari set minum petang itu menjanjikan pengalaman gastronomi istimewa yang mempamerkan menu disusun teliti oleh Cef Kang dan Cef Julien dengan menggabungkan rasa dan tekstur daripada bahan-bahan yang digunakan.

Hidangan set minum petang dimulai dengan Mousse Ayam dan Truffle Hitam yang digandingkan dengan labu heirloom, nasturtium, dan biskut bit.

Para tetamu juga akan dihidangkan dengan satu lagi hidangan utama yang pasti akan menarik perhatian iaitu Tasmanian Petuna Trout Confit yang mempunyai tekstur lembut seperti baldu dipadankan dengan krim kelapa-limau, crème fraiche, jeruk cucamelon, bronze fennel dan biskut sable teh hijau. Kastard jagung putih dari Cameron Highland dipadankan dengan serbuk kucai dan bawang yang dipanggang memberikan pengalaman rasa unik.

Bagi penggemar makanan laut, filet Ikan Siakap Kukus yang disertai dengan tauhu lembut, bunga kantan, dan sos cili-serai adalah wajib dicuba. Kataifi gulung ayam yang rangup dihiasi dengan daun ketumbar, serdak bawang putih dan sos Sichuan pedas memberikan sensasi rangup dan pedas yang menyelerakan.

Hidangan minum petang beralih kepada hidangan pencuci mulut yang manis, para tetamu boleh menikmati Flower Pot, yang diperbuat daripada coklat badam dan mousse strawberi-basil. Bagi penggemar tegar coklat, Valrhona Chocolate Lolly yang dihiasi dengan streusel dan feuilletine coklat adalah sajian istimewa dan tidak dapat dilupakan.

Sajian yang menggabungkan krim kelapa dan limau, jem manga dan kacang hazel, The Daisy akan memberikan sentuhan rasa tropika, manakala Cassis Flower yang terdiri daripada krim vanila, jem plum, dan teh matcha financier memberikan sentuhan elegan untuk set minum petang ini.

Selain daripada hidangan pencuci mulut yang manis, para tetamu juga boleh menikmati wholemeal scones bersama krim Cornish dan pelbagai jem, serta kek Yuzu dengan jeli limau gedang.

Untuk melengkapkan pengalaman minum petang, para tetamu boleh menikmati aiskrim dengan perisa mangga buah markisa dan pisang yang dihidangkan dalam kon wafel rangup.

Sertai Cef Kang dan Cef Julien di THIRTY8 mengajak anda menikmati sajian minum petang berinspirasikan taman yang menjanjikan pengalaman gastronomi dan memukau citarasa anda.

Untuk maklumat lanjut mengenai The Grand Garden Tea Party, sila lawati laman web Grand Hyatt Kuala Lumpur. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

[KREDIT: Grand Hyatt Kuala Lumpur]

Post a Comment

0 Comments