Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Masdo, Gerhana Ska Cinta hangatkan Panggung Malam Minggu


SETELAH lama tidak merasai berada di tengah-tengah kotaraya di malam minggu dengan agenda menarik, Panggung Malam Entertainment bakal membawakan Showcase Panggung Malam Minggu @ Panggung Odeon.

Bermula 21 September 2024 yang dipilih sebagai permulaan bagi malam-malam minggu menarik nanti, Panggung Malam Minggu pertama akan membawakan Gerhana Ska Cinta serta  Masdo dengan kemunculan MOC dan Jemput Dengar sebagai pembuka acara.

Memilih Odeon Kuala Lumpur sebagai lokasi showcase ini, lokasi yang strategik ini dirasakan paling sesuai untuk golongan usia serta bangsa. Malah senang untuk dikunjungi dengan kepelbagaian pengangkutan awam yang berada di sekitarnya.

Pengarah Panggung Malam Entertainment, Khairul Afizi Aiyub berkata, sejak 15 tahun lalu Panggung Malam Entertainment bergiat aktif dalam dunia acara muzik baik tempatan mahupun luar negara.

"Tahun ini kami merasakan tiba masanya untuk membawakan sesuatu yang istimewa buat peminat muzik yang mencari-cari lokasi strategik untuk berhibur di samping menyokong industri muzik tempatan khsususnya.

"Disebabkan itu maka wujudlah Showcase Panggung Malam Minggu dengan pilihan artis utama Gerhana Ska Cinta dan Masdo sebagai pembuka acara,” ujarnya.

Tambah Khairul Afizi, Masdo dipilih kerana lagu-lagu mereka yang merupakan kombinasi masa lalu dan tenaga segar melalui lagu-lagu mereka yang semakin terkenal di Malaysia dan luar negara.  Sementara Gerhana Ska Cinta yang sentiasa aktif dan memeriahkan industri muzik tempatan.

“Masdo membawakan kembali  kebangkitan muzik pop 60-an. Selain itu, nama mereka semakin harum di luar terutamanya di Indonesia. Nampaknya jalan untuk kumpulan ini melangkaui dan terus maju ke  hadapan sangat cerah seperti bola disko.

"Tentunya kita juga menghargai Kumpulan Gerhana Ska Cinta yang muncul dari kebangkitan Ska Malaysia pada akhir 90-an dan pihak penganjur menjemput mereka  sempena meraikan ulang tahun ke 25 dalam industri seni.

"Gerhana Skacinta juga kini  banyak tampil mempersembahkan lagu-lagu popular Allahyarham Tan Sri P Ramlee bersama single terbaharu mereka berjudul Rasa Sayang,” jelasnya.

Tiket-tiket persembahan dijual dengan harga RM98 (early bird), RM118, RM128 (early bird) dan RM158 telah mula dijual sejak 13 Ogos lalu di laman www.myticketempire.com- 7KLIK


ARTIKEL LAIN:


Post a Comment

0 Comments