SELARI misi mengekalkan nama sebagai kumpulan rock unggul Malaysia, Spider kini kembali bergema dengan muzik baharu mereka menerusi single berjudul Keluar Sarang.
Karya terbitan bersama Luncai Emas Sdn Bhd dan Sony Music Entertainment Malaysia itu merupakan lagu ciptaan Tam sendiri, manakala lirik oleh Keon.
Bagi mengikuti arus perubahan muzik masa kini, Keluar Sarang dirakamkan dengan menerapkan bunyian elektronik dalam penyusunan lagu tersebut.
Spider yang dianggotai Tam selaku vokalis dan gitar), Aie (dram), Pown (gitar) dan Is (bass) turut bertindak selaku produser dan penyusun lagu.
Bagaimanapun, Nafie gitaris Spider yang direhatkan kerana masalah kesihatan baru-baru ini turut berkesempatan menyumbang dalam rakaman lagu itu untuk bahagian muzik gitar bersama–sama Tam dan Pown.
Terdahulu Nafie dikejarkan ke hospital akibat serangan strok dan sehingga kini masih di hospital setelah menjalani pembedahan di otak.
"Keluar Sarang adalah sebuah single terbaharu kami yang dicetus dan diinspirasikan daripada Konsert Solo Keluar Sarang.
Kali terakhir kumpulan itu tampil dengan album Ankabut iaitu album keenam mereka pada 2016.
Spider kini sibuk dengan persiapan album baharu yang bakal menemui peminat tidak lama lagi | FOTO: Luncai Emas |
Album kompilasi dan album baharu Spider akan datang merupakan projek istimewa Spider selepas Konsert Solo 'Keluar Sarang' yang dijayakan mereka sebelum ini.
Kedua-dua projek tersebut bakal diterbitkan oleh Luncai Emas dengan kerjasama Sony Music Entertainment.
Menurut Datuk M.Nasir yang bertindak sebagai penasihat album baharu Spider, single Keluar Sarang adalah pengenalan sebelum album sepenuhnya dirilis di pasaran.
"Album terakhir Spider adalah pada lapan tahun lalu. Spider kini sedang dalam studio untuk menyiapkan lagu-laqu yang terbaik dan hit untuk album baharu ini.
Single Keluar Sarang kini boleh didapati di platform YouTube dan penstriman digital. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments