Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Kembali bergelar isteri, Jeslina Hashim selamat disatukan dengan Tunku Eddy


PENYANYI Jeslina Hashim, 46, selamat disatukan dengan pasangannya, Tunku Eddy Nasruan Adil Tunku Mudzaffar dalam satu majlis tertutup pada malam Sabtu.

Pengantin lelaki yang juga merupakan kerabat Diraja Negeri Sembilan adalah adik kepada suami pelakon dan pengacara terkenal, Che Puan Sarimah Ibrahim.   

Berita gembira tersebut dikongsi Sarimah dalam satu hantaran yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya sebentar tadi.

“Hari yang indah dan majlis yang indah bagi meraikan akad nikah adik ipar saya Eddy Mudzaffar bersama Jeslina Hashim.

“Semoga Allah menjaga dan merahmati kalian berdua agar sentiasa gembira, sihat dan terus bersama hingga jannah,” ujarnya.

Bintang drama Lelaki itu hadir ke majlis tersebut bersama suaminya, Tunku Nadzimuddin yang juga merupakan cucu kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10 serta anak perempuannya, Tunku Sofia Najihah, 4.

Terdahulu Jeslina pernah berkongsi sudah lapan tahun menjalin hubungan cinta dengan Tunku Eddy sebelum sepakat membawa hubungan ke ikatan perkahwinan.

Penyanyi yang pernah popular dengan lagu Ku Intai Cinta Dalam Rahsia itu sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Dion Andrew Vercoe pada 21 April 2005, tetapi bercerai pada Mac 2013. Menerusi perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua anak iaitu Micah, 15, dan Keira, 13. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:
[FOTO: Instagram Che Puan Sarimah Ibrahim]

Post a Comment

0 Comments