Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Kejora taruhan terbaharu Hael Husaini, Qasrina buat penampilan istimewa


TERUS menampilkan karya-karya berbeza buat peminat muzik tanah air, penyanyi dan komposer Hael Husaini kini mempertaruhkan single terbaharunya berjudul Kejora.

Lagu hasil ciptaan Hael sendiri bersama dua komposer berbakat, Firdaus Rahmat dan Hanis Rafi terbitan Rocketfuel Entertainment itu dimuatkan dalam album Antonim Part 1 yang dilancarkan pada Januari lalu. 

Kejora menceritakan tentang kesetiaan dan pengorbanan dalam cinta hadir dengan melodi merdu dan lirik yang mendalam, selain keindahan vokal Hael yang sememangnya sudah diketahui ramai.

Menariknya, Kejora juga menampilkan video muzik eksklusif yang baru sahaja dilancarkan pada di saluran YouTube rasmi Hael Husaini pada 9 Ogos lalu.


Menerusi video muzik terbitan Rocketfuel Studios itu, Hael tampil bergandingan dengan pelakon Qasrina Karim, yang juga merupakan rakan lakonnya dalam drama My Famous Ex-Boyfriend.

Proses penggambaran yang intensif selama satu hari di Shah Alam itu berjaya menghasilkan visual memukau dan penuh emosi di samping menggambarkan jalan cerita menyentuh hati.

Video muzik Kejora tampil dengan konsep dan arahan kreatif yang memaparkan Qasrina Karim dalam sisi berbeza.

Sisi Berbeza

Bintang sedang meningkat naik itu mempamerkan kemahiran menari yang jarang dilihat oleh peminat dalam lakonan mahupun dipaparkan dalam kandungan media sosial miliknya, sekali gus menambahkan dimensi baharu kepada lakonannya.

Dalam engkisahan video muzik itu, Hael memainkan peranan sebagai seorang penyanyi, manakala Qasrina memegang watak seorang wanita yang menunggu cinta sejatinya.

Kisah cinta yang digambarkan dalam video muzik Kejora adalah refleksi kepada lirik dan melodi lagu tersebut tentang kesetiaan seseorang terhadap kekasihnya.


Terdahulu album Antonim Part 1 telah mendapat sambutan luar biasa, dengan lebih daripada 3 juta penstriman di Spotify. Ini kerana setiap lagu dalam album itu mencerminkan kepelbagaian emosi dan pengalaman hidup, sekali gus menjadikannya sebuah karya seni yang lengkap dan memuaskan.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan video muzik Kejora di saluran YouTube Hael Husaini dan strim terus lagu tersebut beserta album Antonim Part I di semua digital platform seperti Apple Music, Spotify, Deezer, KKBox, YouTube dan YouTube Music. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:
[FOTO: Rocketfuel Entertainment] 

Post a Comment

0 Comments