Hot Posts

6/recent/ticker-posts

JLO fail cerai pada ulang tahun kedua perkahwinan bersama Ben Affleck


SPEKULASI keretakan rumah tangga pasangan selebriti popular Hollywood, Jennifer Lopez dan Ben Affleck akhirnya bertemu titik nokhtah pada Selasa.   

Jennifer Lopez atau turut dikenali sebagai JLo, 55, dilaporkan sudah memfailkan perceraian ke atas Affleck, di Mahkamah Tinggi Los Angeles, setelah genap dua tahun bergelar suami isteri.

Penyanyi dan pelakon itu menyebut tarikh perpisahan mereka pada 26 April lalu, sebelum memfailkan perceraian tersebut secara rasmi.

Portal hiburan The Hollywood Reporter melaporkan telah menghubungi wakil Affleck dan Lopez untuk mendapatkan pengesahan berita perceraian pasangan itu.


JLo dan Affleck, 51, berkahwin pada 20 Ogos 2022 di Riceboro, Georgia dalam satu majlis tertutup yang hanya dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments