Terus berkongsi karya dengan peminat, Marsha, 39, kini tampil dengan buah tangan terbaharu, Jika Takdir yang menyaksikan kolaborasinya bersama Alternate Records dan Sony Music Entertainment Malaysia.
Karya ciptaan komposer terkenal Sang Hitam, Mas Dewangga dan Jova Devitoo itu merupakan sebuah balada yang meruntun jiwa yang mampu memberi kesan mendalam pada pendengar. Tidak hairan ia terpilih sebagai lagu runut bunyi (OST) bagi drama Mentua yang bakal ditayangkan di slot Lestary TV3.
Apatah lagi Dengan elemen muziknya yang epik dan mendalam, lagu itu bukan hanya sekadar melodi, malahan menjadi nadi yang menyempurnakan pengkisahan dalam drama tersebut apabila setiap nada serta liriknya menggoncang perasaan dan membawa penonton ke dalam lautan emosi yang mendalam.
Mengulas tentang lagu-lagunya yang sering diangkat sebagai OST sehinggga mendapat julukan sebagai ratu OST, anak kelahiran sabah itu menerimanya dengan hati terbuka.
“Gelaran itu sekadar nama. Perkara yang lebih penting ialah penerimaan pendengar dan kesetiaan mereka menantikan karya saya yang akan datang.
"Saya sangat menghargai sokongan serta kepercayaan daripada Alternate Records dan Sony Music Entertainment Malaysia kerana terus menyediakan lagu-lagu yang memberi inspirasi dan menyentuh hati orang ramai," ujarnya.
Karya Istimewa
Dalam pada itu, Marsha berkata, beberapa single balada nyanyiannya yang terdahulu sering menangkap emosi penonton dengan cara tersendiri.
“Saya sudah menyanyikan beberapa lagu OST sebelum ini, dan memang benar bahawa lagu-lagu tersebut berjaya menangkap intipati emosi lirik dengan sempurna.
"Oleh itu, saya sangat berbesar hati kerana sekali lagi saya ditawarkan untuk menyumbangkan suara untuk lagu tema drama Mentua.
"Pertama kali mendengar melodi Jika Takdir, ia terus menangkap hati dan saya serta-merta menyukainya. Balada sedih ini sangat istimewa, dengan keindahan lirik dan melodi yang mempunyai jiwa, pasti akan menyentuh hati pendengar,” katanya.
Sementara itu, Mas Dewangga selau penulis lirik dan penerbit lagu Jika Takdir, menjelaskan karya itu menggambarkan perjalanan hidup seseorang yang menghadapi pelbagai cabaran dan halangan.
"Marsha mempunyai bakat luar biasa dalam nyanyian dan lakonan. Suaranya yang merdu dan vokalnya yang padu mampu menyampaikan emosi lagu ini dengan mendalam dan meyakinkan.
"Kerjasama dan profesionalisme Marsha benar-benar memudahkan proses rakaman dengan mengambil masa 3 jam sahaja.
“Saya yakin lagu ini mampu meruntun jiwa pendengar, malah menjadi salah satu ciptaan yang akan diingati dalam industri muzik tempatan, selain dalam masa samadapat mengukuhkan kedudukan Marsha sebagai penyanyi berbakat dan serba boleh,” katanya.
Terdahulu single Marsha yang berjudul Hening Rindu yang merupakan lagu runut bunyi kepada drama Aku Bukan Ustazah berjaya meraih sehingga 758 ribu tontonan di YouTube, sekali gus menjadikan lagu tersebut trending di YouTube Music di tangga ke-25 dan kini mendapat lebih 100 juta tontonan di aplikasi TikTok.
Lagu Jika Takdir kini berkumandang di platform iTunes atau melalui aplikasi penstriman dalam talian seperti Spotify dan YouTube Music. Nantikan juga drama Mentua yang akan mula bersiaran pada 24 Ogos 2024, setiap Khamis hingga Sabtu, jam 9 malam di TV3 dan strim juga melalui Tonton di www.tonton.com.my . - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
- kejora-taruhan-terbaharu-hael-husaini
- anak-malaysia-suntik-inspirasi-dengan
- mxi-adi-priyo-kongsi-kisah-dalam-aku
[FOTO: Alternate Records - Terima Kasih Lieu Lui Meng]
0 Comments