Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Himpunan Anak Merdeka 2024 di RTM, bakal cipta rekod MBOR

| FOTO: RTM

BAGI menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan, RTM bakal mengadakan sambutan hari jadi secara serentak di semua stesen radio RTM bagi mereka yang lahir pada tanggal 31 Ogos.

Acara istimewa yang bakal berlangsung di Studio M1, Angkasapuri, Kota Media pada jam 9 malam, 30 Ogos itu menyasarkan 2500 orang, untuk mencipta rekod dalam Malaysia Book of Records (MBOR).

Tidak hanya itu, ia turut dimeriahkan dengan Konsert Gelora Jiwa Merdeka 2024 dan Kira Detik Ambang Merdeka yang akan disertai barisan artis terkenal tanah air.

Antaranya ialah Datuk Andre Goh, Datuk Yusni Hamid, Datuk Azizul Khamis, Azura Aziz, Ayato Tasrip dan Klthsom Kadir.

Orang ramai dijemput hadir untuk memeriahkan acara ini dan menyemarakkan rasa kecintaan terhadap tanah air sempena hari kemerdekaan negara yang ke-67. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments