Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Gandingan penyanyi pelbagai kaum, hangatkan lagu patriotik 'Inilah Kita'


MEMERIAHKAN sambutan hari kemerdakaan yang akan disambut pada 31 Ogos ini, Rocketfuel Entertainment tampil melancarkan single bertemakan patriotisme yang berjudul Inilah Kita.

Lagu tersebut merupakan hasil usaha sama artis daripada pelbagai bangsa, yang melambangkan keindahan kepelbagaian budaya di negara kita.

Artis-artis yang terlibat dalam rakaman lagu ini terdiri daripada Hael Husaini, Wani Kayrie, Balan Kash, Daniel Fong, Roshini Balachandran dan Joey Leong.

Barisan penyanyi ini bergabung suara untuk menyampaikan mesej tentang pentingnya rakyat Malaysia bersatu-padu dan terus berbangga dengan identiti kita.

Lagu berdurasi hampir 3 minit itu merupakan ciptaan gabungan bakat hebat iaitu Shazee Ishak dan Audi Mok serta Balan Kash.

Menurut Rocketfuel Entertainment, lagu Inilah Kita adalah simbolik kepada keindahan Malaysia yang kaya dengan budaya, bahasa, dan agama yang pelbagai namun tetap bersatu di bawah satu bendera.

Ketua Rocketfuel Entertainment, Wee Sher Leen, berkata, pihaknya berharap melodi dan lirik lagu tersebut dapat menyentuh hati dan menggerakkan jiwa setiap rakyat Malaysia untuk terus mengekalkan perpaduan dan kebanggaan sebagai sebuah negara yang merdeka.

"Lagu ini bukan sahaja sesuai untuk menyambut Hari Kemerdekaan yang akan datang tetapi juga memberi penghormatan kepada Hari Malaysia, mengingatkan kita semua bahawa semangat kebersamaan inilah yang menjadikan Malaysia unik dan istimewa," ujarnya.

Inilah Kita dijangka akan menjadi lagu kebanggaan semua, terutama semasa sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia.


Lagu ini boleh distrim di semua digital platform seperti Apple Music, Spotify, Deezer, KKBox, YouTube dan YouTube Music.

Video muzik eksklusif Inilah Kita akan dilancarkan pada 18 Ogos ini selepas tayangan perdana di program Gimme The Mic Malaysia di Astro Ria, saluran 104 Astro. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments