Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Dokumentari khas Majalah 3 pertabalan Yang Di-Pertuan Agong ke-17


MAJALAH 3 bakal memaparkan sebuah dokumentari khas berjudul Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-17 secara eksklusif di TV3, pada jam 9 malam, 5 Ogos depan.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar telah melafaz dan menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Januari lalu.

Istiadat pertabalan KDYMM Seri Paduka Baginda sebagai Ketua Tertinggi Negara telah disempurnakan dalam suasana penuh tradisi berserta adat istiadat Raja-Raja Melayu di Istana Negara pada 20 Julai lalu.

Dokumentari khas berdurasi satu jam itu merakamkan detik bersejarah sepanjang persiapan KDYMM Seri Paduka Baginda Sultan Ibrahim menaiki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17.

Ia bukan sahaja menjadi tumpuan seluruh rakyat Malaysia, malahan turut disaksikan oleh masyarakat antarabangsa.

Lebih istimewa, program ini turut akan berkongsi secara eksklusif kisah mengenai gaya hidup dan kehidupan peribadi Sultan Ibrahim serta hubungan Baginda dengan keluarga dan rakyat jelata melalui temu ramah pegawai istana dan sahabat rapat Baginda, sekali gus memberi gambaran unik tentang keperibadian dan nilai-nilai murni Baginda.



Rakyat Malaysia akan turut berpeluang menyaksikan momen membanggakan mengenai KDYMM  Seri Paduka Baginda Sultan Ibrahim, dengan mengenali lebih dekat peranan dan tanggungjawab termasuk pencapaian serta inisiatif yang telah dilakukan Baginda sebagai Sultan melalui Kembara Mahkota Johor (KMJ) sejak 2001, sebuah program yang bertujuan mendekatkan Baginda dengan rakyat jelata di setiap pelosok negeri Johor.

Baginda sentiasa mengutamakan rakyat bangsa Johor khususnya, dengan menyelesaikan segala isu yang dihadapi oleh mereka menerusi lima yayasan yang ditubuhkan dengan peruntukan kewangan dikeluarkan oleh Baginda sendiri. Penonton juga berpeluang untuk melihat sisi lain Baginda di luar tugas rasmi sebagai Sultan.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan dokumentari khas ini yang pastinya penuh dengan momen bersejarah dan inspirasi pada 5 Ogos 2024, jam 9 malam dan boleh strim melalui www.tonton.com.my- 7KLIK


ARTIKEL LAIN:
[KREDIT: TV3]

Post a Comment

0 Comments