Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Doku Demi Lencana di Dada, inspirasi kisah benar ‘frontliner’ pelbagai bidang

| FOTO: RTM

KISAH benar diinspirasikan dari pengalaman petugas barisan hadapan yang bertugas demi negara dibawakan dalam dokumentari khas Hari Kebangsaan berjudul Demi Lencana Di Dada.

Menemui penonton Radio Televisyen Malaysia (RTM), dokumentari empat episod itu disiarkan berturut-turut mulai 31 Ogos hingga 3 September ini, jam 12 tengahari di saluran Okey dan RTMKlik.

Perkongsian setiap episod mengetengahkan topik berbeza dan pengenalan juga latar belakang pekerjaan badan beruniform yang dipilih.

Paparan kisah perjuangan pengorbanan demi negara juga cabaran kisah suka duka tugasan mereka turut dikongsikan.

Ikuti kisah tugas Pengawai Maritim iaitu tentang badan penguatkuasa yang merupakan benteng pertahanan negara yang sangat penting dalam mempertahan keselamatan dan ketenteraman awam.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) merupakan agensi kerajaan yang bertanggungjawab mengawasi setiap kawasan maritim di Malaysia agar aman dan selamat bagi kegunaan masyarakat dan negara.

Komitmen dan pengorbanan semua anggota APMM wajar diberikan pujian dalam menjaga keselamatan dan kesejahteraan negara khususnya dalam zon maritim negara.

Seterusnya memfokuskan satu unit yang jarang diketahui ramai iaitu Rapid Action Troop atau Trup Tindakan Pantas oleh Jabatan Penjara Malaysia dalam memastikan keselamatan baik dalam dan luar penjara sentiasa terjamin.

Kisah inspirasi seterusnya berkaitan pejuang pegawai Imigresen yang bertahankan kedaulatan negara dalam tiap operasi yang disertai mereka.

Juga kisah bagaimana perjuangan Angkatan Pertahanan Awam yang telah menarik minat para rakyat biasa menyertainya, termasuk golongan selebriti serta perjuangan mereka membantu orang ramai tatkala bencana melanda.

Antara paparan menarik dalam doku Demi Lencana Di Dada | FOTO: RTM

Dua lagi episod iaitu melibatkan Unit Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mula mengambil pelatih juruterbang dalam kalangan pegawai wanita sejak tahun 2021. Ia adalah pegawai wanita kumpulan pertama sejak unit itu ditubuhkan pada 1979.

Selain itu, turut dipaparkan cerita di sebalik kisah tularnya video foto sambutan kemerdekaan 2022 menonjolkan pejuang pegawai Bomba. Mereka ini merupakan tulang belakang yang membanting jiwa raga bagi memastikan keselamatan rakyat Malaysia sentiasa terjamin.

Melihat lebih dekat akan khusus serta latihan yang dilalui mereka, serta mendengar kisah-kisah pegawainya yang pasti menjentik semarak rasa patriotik para penonton.

Semarakkan rasa kecintaan anda terhadap negara dan menghayati perjuangan barisan hadapan ini dengan menonton dokumentari ini di saluran Okey dan RTMKlik. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:
[KREDIT: RTM - Terima Kasih Nurul Fariza]

Post a Comment

0 Comments