Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Dari lantai tarian ke nyanyian: One Juicy pertaruhkan ‘Kibar’

FOTO: Super Red Records

ONE Juicy, bintang yang sedang meningkat naik dalam industri muzik tanah air, telah melancarkan single terbaharu berjudul Kibar.

Karya tersebut mengangkat tema kebangkitan dan kecekalan telah dicipta serta ditulis oleh John Jeeves, Shazriq Azeman, Omar K, dan One Juicy sendiri, di bawah produksi Super Red Records.

Tidak dapat menyembunyikan perasaan terujanya, One Juicy berkata, Kibar adalah cerminan perjalanan hidupnya daripada seorang penari b-boy kepada seorang penyanyi.

"Lagu ini melambangkan kecekalan dan semangat saya untuk terus maju walau apapun cabaran yang datang. Saya berharap ‘Kibar’ akan menjadi inspirasi kepada semua yang mendengarnya,” ujarnya.

Pada majlis pelancaran single berkenaan yang diadakan di Code 19 @ JioSpace, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini, One Juicy turut tampil membuat persembahan menghiburkan tetamu dengan tiga buah lagu.


One Juicy (dua dari kanan) ketika majlis pelancaran single Kibar baru-baru ini. | FOTO: Super Red Records


Sementara itu, Pengasas Bersama Super Red Records, Richard Chua, turut berkongsi perasaan bangga terhadap perkembangan penyanyi itu.

“One Juicy adalah seorang artis yang penuh dedikasi dan mempunyai semangat luar biasa. Kibar adalah hasil kerja kerasnya dan ia menandakan permulaan hebat untuk karier muziknya.

"Kami di Super Red Records sangat berbangga dapat bekerjasama dengannya dan yakin lagu ini akan mendapat sambutan hangat,” katanya.

Menerusi sentuhan kreativiti dan semangat yang dibawa dalam Kibar, One Juicy bersedia untuk meneroka lebih banyak peluang dan mengukuhkan kedudukannya dalam industri muzik tanah air.

Kibar kini sedia untuk distrim dan dimuat turun di semua platform muzik digital utama, termasuk Spotify, Apple Music, dan YouTube Music. Sementara video lagu ini pula boleh ditonton di saluran YouTube Super Red Records. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments