Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Astro semarak sambutan Bulan Kemerdekaan, Hari Malaysia menerusi kempen ‘Inilah KITA’


BERSEMPENA sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia, Astro melancarkan kempen 'Inilah KITA' yang akan bermula pada 15 Ogos sehingga 16 September 2024.

Sasaran pelancaran kempen itu bertujuan meraikan kepelbagaian dan kesamarataan yang telah memberikan impak positif dalam masyarakat.

Antara inisiatif menarik yang dibawa menerusi kempen Inilah KITA adalah Saluran KITA (CH100), Tontonan Enam Saluran Percuma, lagu tema kempen Inilah KITA yang dinyanyikan oleh barisan artis popular tanah air, Syok Fest KITA, program Inilah Hero KITA dan banyak lagi.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Euan Smith, ‘Inilah KITA’ dipilih sebagai kempen kali ini kerana ia mencerminkan budaya Malaysia yang pelbagai, bersatu padu dan berdaya tahan.

"Fokus kami pada tahun ini adalah untuk meraikan semangat ‘KITA’  sebagai masyarakat yang berbilang bangsa, berbilang latar budaya dan bersama.

"Di Astro sangat kami teruja untuk membawakan kandungan yang pelbagai ke setiap isi rumah bagi mengangkat semangat KITA.

"Sepanjang kempen berlangsung, kami menjemput anda untuk menonton Saluran KITA, mendengar lagu tema kempen Inilah KITA yang dinyanyikan oleh barisan artis tempatan, dan mengambil bahagian dalam pergerakan sosial Inilah Hero KITA,” ujarnya.


Sebagai jenama yang diasaskan di Malaysia, Astro membawa cerita dan juga hiburan terbaik Malaysia menerusi Saluran KITA (CH100) dengan menampilkan lebih daripada 100 judul terpilih, bermula 15 Ogos sehingga 16 September ini di Astro, NJOI dan sooka.

Pelanggan Astro juga berpeluang menikmati enam saluran percuma bermula 30 Ogos sehingga 16 September iaitu Showcase (CH413), Hits Movies (CH401), tvN Movies (CH416), Hits Now (CH702), Zee Cinema (CH251), dan ABO Movies Thangathirai (CH241).

Para pelanggan berpeluang menonton tayangan perdana dan pelbagai judul baharu di Saluran KITA (CH100). Antaranya termasuk Lion Girl, Rombongan Makciks Ke Dataran Merdeka, The Music Journey, Pasanga Musim ke-2 (siri Tamil) dan Oga & Friends.

Diikuti episod istimewa Family Feud Malaysia, Hantu Karipap, Terompak Sana Tertukar Sini, Call Me Handsome – Malaysia KITA, Sofa Kentang Selebriti dan banyak lagi.

Meraikan Perpaduan Malaysia, Bakat Tempatan

Bagi meraikan perpaduan Malaysia dan juga bakat tempatan, rakyat Malaysia juga bakal disajikan dengan lagu tema kempen Inilah KITA.

Lagu tersebut dinyanyikan oleh artis-artis popular tanah air seperti Hael Husaini, Wani Kayrie, Daniel Fong, Joey Leong, Balan Kash dan Roshini. Ia boleh distrim bermula 15 Ogos ini di semua platform muzik digital.


Selain itu, bermula 6 sehingga 8 September, orang ramai dijemput hadir ke Syok Fest KITA bagi meraikan budaya Malaysia di Setia City Park Oval Lawn.

Acara itu akan meraikan muzik dipersembahkan lebih daripada 25 artis tanah air seperti Floor 88, Hattan, Misha Omar, Luqman Podolski, Zayn Nakal, Syamil, Bunga, Daniel Wong, Kaka Azraff, Sarah Suhairi dan ramai lagi.

Ikuti juga saluran Astro Radio OR1 FM pada 6 September, dimana 13 buah stesen radio dalam empat bahasa iaitu Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil akan berganding bahu dalam membawakan siaran langsung di luar konti sambil berinteraksi dengan masyarakat.

Rakyat Malaysia juga dijemput untuk mengambil bahagian dalam pergerakan sosial Astro Inilah Hero KITA bermula 15 Ogos hingga 16 September, di mana mereka boleh berkongsi cerita-cerita tauladan mengenai rakyat Malaysia bercirikan sifat kebaikan, dedikasi dan positiviti.

Cerita boleh dikongsikan dalam format berbentuk teks, gambar ataupun video di laman media sosial dengan tanda pagar #InilahKITA.

Tonton Berita Terkini KITA di segmen Astro AWANI (CH501) jam 5 petang dan KITA (CH100) pada jam 8.30 malam yang akan membawakan cerita-cerita menarik mengenai individu ‘Inilah Hero KITA’ yang menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih baik. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:
[KREDIT: Astro]

Post a Comment

0 Comments