Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Astro Radio perkenal barisan penyampai baharu Segmen Pagi di HITZ, MIX dan LITE


ASTRO Radio mengumumkan perubahan pada rancangan pagi di tiga adio berbahasa Inggeris miliknya iaitu HITZ, LITE, dan MIX, yang bakal membawa penyampai baharu dengan kandungan menarik kepada pendengar pagi.

Barisan baharu itu menjanjikan gabungan personaliti hebat untuk pengalaman radio yang bakal memikat hati pendengar.

Radio HITZ menerusi Hitz Morning Crew akan menampilkan trio dinamik yang terdiri daripada Anne, Arnold, dan Prem. Gandingan itu bakal menyaksikan gabungan keserasian unik dan bertenaga untuk memulakan hari anda dengan penuh semangat.

HITZ yang boleh didengari menerusi frekuansi 92.9 FM itu menyediakan muzik, hiburan, dan perbincangan menarik untuk sajian pendengar.

Diikuti Breakfast Show di MIX yang akan dipimpin oleh duo cukup serasi dan optimis iaitu Aishah dan RD. Segmen pagi MIX menawarkan bual bicara menarik dan menghiburkan.

Jangan ketinggalan mengikuti MIX Breakfast Show baharu di 94.5 FM untuk permulaan pagi yang segar dan menghiburkan.

Sementara itu, LITE Breakfast Show pula akan bersama Terry, yang tidak asing lagi dalam dunia radio, bergandingan dengan wajah baharu, Sharifah Aleya yang akan membawa personaliti hangat dan ulasan menarik ke rancangan pagi ini.

Duo dinamik itu akan memeriahkan lagi pagi pendengar LITE. Dengarkan setiap Isnin hingga Jumaat dari jam 6 pagi hingga 10 pagi di frekuansi 105.7 FM.

Kandungan Terbaik

Mengulas tentang perubahan tersebut, Pengarah Astro Radio, Priya Prabakaran, berkata, menerusi perubahan yang dibuat itu, rancangan sarapan pagi bahasa Inggeris tiga stesen tersebut akan tetap teguh.

"Kami percaya kepada setiap pasukan yang berbakat. Mereka adalah suara yang dipercayai oleh semua orang, sentiasa menyampaikan kandungan terbaik untuk rakyat Malaysia setiap hari.

"Itulah sebabnya kami dengan bangganya memegang kedudukan teratas sebagai rangkaian radio No. 1 di Malaysia," ujarnya.


Astro Radio komited untuk menyampaikan kandungan yang berkualiti tinggi dan menghiburkan untuk semua. Rancangan sarapan pagi yang diperbaharui itu adalah sebahagian daripada usaha berterusan untuk berinovasi dan menyediakan pengalaman radio terbaik.

Jangan ketinggalan untuk mendengarkan rancangan segmen pagi terbaharu dan mengujakan. Dengarkan HITZ di 92.9 FM, MIX di 94.5 FM & LITE di 105.7 FM, di Kuala Lumpur. Pendengar juga boleh strim semua stesen tersebut di aplikasi SYOK untuk hiburan pagi terbaik. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:
[KREDIT FOTO: Astro radio]

Post a Comment

0 Comments